MPFL 2019: Kedah Raih Kemenangan Kedua, Tewaskan Pulau Pinang 4-2

mpfl 2019 kedah pulau pinang

Kedah berjaya memintas kedudukan Pulau Pinang di kedudukan ke-5 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2019 malam tadi apabila mencatatkan kemenangan 4-2 ke atas lawannya itu pada aksi minggu ke-8 di Kompleks Sukan Azman Hashim USM.

Perlawanan yang dijadualkan akan berlangsung di Alor Setar telah dipinda ke USM atas permintaan tuan rumah yang akan turut serta ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala FA 2019 antara Kedah dan Perak pada hari ini.

Permainan penuh berhati-hati telah dipamerkan oleh kedua-dua pasukan pada awal babak pertama sebelum Azierul Joss meledak gol pembukaan buat tuan rumah di minit ke-3 selepas asakan pertamanya dinafikan oleh Umir Asyraf di gawang gol.

Tidak menunggu lama, Shahmi Sani telah menyamakan kedudukan buat Kedah beberapa saat kemudian menerusi sepakan percuma selepas Pulau Pinang mengasak buat kali kedua ke gawang pelawat – gol peribadi ketiga buatnya dalam MPFL 2019.

Tuan rumah cuba bangkit mengatur asakan menerusi beberapa percubaan namun gagal mengundang bahaya kepada kubu pelawat. Kedah berjaya mendahului aksi dua minit kemudian hasil percubaan Farith Ahmad selepas menerima hantaran Shahmi Sani.

Penguasaan perlawanan oleh Pulau Pinang gagal diterjemahkan dengan gol apabila dikecewakan oleh asakan buntu dan juga kekentalan Kedah untuk bertahan. Antaranya percubaan oleh Hanis Izzuddin yang berjaya diselamatkan oleh Umir Asyraf.

Hanis Izzuddin sekali lagi berpeluang menyamakan kedudukan namun rembatan derasnya jauh tersasar daripada gawang dan sepakan percuma Azfar Ali pula ditepis keluar oleh Umir Asyraf.

Azfar Ali sekali lagi berjaya melepaskan percubaan namun penjaga gol Kedah mempamerkan aksi tangkas menyelamatkannya. Tempo perlawanan yang sederhana menyaksikan kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan sehingga berakhir babak pertama.

Kedah dilihat lebih banyak bertahan dan bersabar dalam membina asakan namun sering kali tersekat sebelum berjaya melakukan percubaan ke gawang yang dikawal oleh Faezwan Ashwandie.

Permulaan babak kedua yang lebih agresif ditampilkan oleh pelawat untuk memburu gol ketiga antaranya rembatan deras Fikri Rodzi yang telah diselamatkan oleh penjaga gawang tuan rumah.

Sebagaimana lawan, Kedah turut dikecewakan dengan asakan buntu ke gawang biarpun memiliki beberapa percubaan sementara Pulau Pinang pula terus dikecewakan dengan produk akhir mereka.

Perlawanan kembali rancak di penghujung babak kedua dengan tiga gol terhasil, dua buat Kedah dan satu untuk Pulau Pinang.

Bermula daripada serangan balas pantas daripada kawasan sendiri, Fikri Rodzi akhirnya berjaya meledak gol ketiga pelawat menerusi rembatan derasnya untuk menewaskan Faezwan Ashwandie pada minit ke-35 – gol pertamanya dalam saingan liga.

Tertekan ketinggalan dua gol, penolong jurulatih Pulau Pinang, Hasrinizam Hashim menggunakan taktikal powerplay untuk menekan lawan dan hasilnya gol kedua terhasil apabila Syafiq Rasyid berjaya menjaringkan gol pada minit ke-36.

Dalam memburu gol penyamaan menggunakan powerplay, Pulau Pinang bolos ke-4 apabila asakan pantas Kedah berjaya menemui jaring gol selepas Faezwan Ashwandie yang masih berlari menuju ke gawang gagal menyelamatkan sentuhan mudah Fikri Rodzi.

Gol di minit akhir perlawanan itu terus membunuh peluang tuan rumah untuk bangkit mengikat kedudukan biarpun Hanis Izzuddin berjaya melakukan dua percubaan tepat terakhir ke gawang Kedah.

Masih tiada tuah buat Pulau Pinang di laman sendiri sehingga kini apabila tewas buat kali ke-4 dan kali kedua berturut-turut selepas tumbang kepada Perak baru-baru ini menyaksikan mereka turun ke kedudukan ke-6 liga, satu mata di belakang Kedah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN