MPFL 2019: Jaringan Syed Aizad Bantu Selangor Atasi Perak

Selangor

Jaringan lewat Syed Aizat Daniel Syed Nasir meranapkan impian tuan rumah untuk memberikan kemenangan 3-2 buat Selangor keatas Perak pada aksi Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2019 di Stadium Indera Mulia, sebentar tadi.

Seperti dijangka, perlawanan berlangsung dengan cukup menghiburkan setelah kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan pantas.

Perak yang mahu bangkit daripada kekalahan minggu lalu dilihat tampil dengan lebih bertenaga dalam usaha mengejutkan pendahulu liga tersebut.

Serangan yang dilancarkan bagaimanapun seringkali digagalkan kecekapan penjaga gol Selangor dan skuad kebangsaan, Azrul Hadee Mohd Taufiq.

Percubaan Mohamad Awalluddin Mat Nawi juga menghampakan penyokong setia Perak apabila rembatan padunya sekadar terkena tiang gol.

Selangor yang sesekali mendapat peluang turut gagal menghadirkan jaringan berikutan kekentalan penjaga gol, Muhammad Syawal Sabaruddin.

Jaringan yang dinantikan tuan rumah akhirnya menjelma pada minit ke-18 selepas Muhammad Zamiruddin Jalaludin melakukan percubaan leret sekaligus menewaskan Azrul Hadee.

Aksi babak kedua bersambung dengan corak permainan menarik terus disajikan yang menyaksikan empat jaringan lagi terhasil.

Selangor berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-27 menerusi Mohammad Hafiz Ramle yang pantas melakukan percubaan yang membolosi kawalan Muhammad Syawal sebaik sahaja menerima hantaran jauh daripada Azrul Hadee.

Berselang dua minit, penyokong Perak terdiam seketika apabila Muhammad Muzhaffar menyumbat gol kedua buat pasukan pelawat.

Jaringan tersebut berpunca daripada gerakan solo ke kawasan D Perak oleh Syed Aizat Daniel Syed Nasir yang mudah ditolak masuk Muzhaffar.

Namun, Stadium Indera Mulia kembali bergema dengan sorakan penyokong selepas pemain Selangor, Mohd Ridhwan Zainal tertampan bola ke gawang sendiri untuk kedudukan kembali terikat.

Ketika permainan hanya tinggal 30 saat untuk ditamatkan, Syed Aizat Daniel muncul wira buat Selangor apabila percubaannya menghadiahkan tiga mata berharga buat skuad bimbingan Addy Shairullyzam Mohd Shafiee itu.

Kredit foto: Selangor MAC Futsal

 

 

 

 

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN