Moutinho Hapuskan Kelebihan Gol Fred, Wolves Ikat Man. United Di Old Trafford

Manchester United menerima kunjungan istimewa daripada Sir Alex Ferguson pada perlawanan ini. Man. United mencari kemenangan ke-3 berturut-turut mereka dalam liga.

Mourinho melakukan beberapa pertukaran dalam perlawanan ini selepas kemenangan 3-0 ke atas Young Boys.

Man. United bermula sangat baik dengan Fred meletakkan mereka di hadapan. Satu hantaran penuh helah daripada Paul Pogba yang disempurnakan oleh Fred.

Alexis Sanchez sekali lagi menjadi subjek kritikan daripada peminat Man. United walaupun beliau berusaha keras pada separuh masa pertama.

Sanchez tetap gagal menjaringkan gol dan juga mencipta peluang gol.

Namun begitu, Wolves memberikan saingan sengit kepada Man. United pada separuh masa pertama. Mereka melakukan lebih banyak percubaan ke arah gol.

Bersambung babak kedua. Wolves menyamakan kedudukan kurang 10 minit daripada wisel permulaan separuh masa kedua.

Wolves mencipta peluang gol menerusi Jimenez yang cantik disempurnakan oleh Joao Moutinho.

Moutinho beraksi sangat baik dalam perlawanan ini. Dan beliau selayaknya dihamburkan pujian.

Pada separuh masa kedua, Man United, menggandakan asakan dan melakukan 8 percubaan ke arah gol. Tetapi kualiti percubaan mereka menghampakan.

Daripada 8 percubaan separuh masa kedua, Man. United hanya melakukan 3 percubaan tepat. Angka sama dengan Wolves yang hanya dan 4 percubaan ke arah gol.

Secara keseluruhan Wolves adalah pasukan yang lebih banyak percubaan tepat ke arah gol.

Pogba meneruskan aksi cemerlang beliau. Namun sayang sekali ia masih belum cukup untuk membantu mengubah nasib pasukan beliau.

Pada minit akhir, Wolves melakukan beberapa ancaman menerusi serangan balas.

Adama Traore agak individu dalam keadaan mereka boleh bermain secara unit untuk menghukum Man. United. Terutama sekali pada serangan terakhir.

Keputusan seri 1-1. Wolves meneruskan permulaan cemerlang mereka dalam musim kepulangan semulan ke EPL. Mereka sudah menang 4 perlawanan, seri sekali dan kalah sekali.

Ini adalah kali ke-3 Man. United keciciran mata musim ini setakat 6 perlawanan dengan 3 kemenangan 1 seri dan 2 kekalahan setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN