Moussa Dembele ‘Tembak’ Brendan Rodgers Sebelum Tinggalkan Celtic Untuk Ke Lyon

Bintang Perancis berusia 22 tahun, Moussa Dembele telah meninggalkan Celtic untuk menyertai Lyon dengan nilai perpindahan £19.7 juta.

Pemain penyerang itu telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Ligue 1 itu. Lyon terpaksa menukar nilai bidaaan untuk pemain tersebut setelah sebelum itu pengurus Celtic, Brendan Rodgers berkata bidaan awal dari Lyon telah ditolak oleh kelab tersebut.

(Photo by Lynne Cameron/Getty Images)

Selepa pengumuman oleh Rodgers tersebut, Dembele memuat naik sebuah imej di Twitter dengan frasa:

“Seorang lelaki yang tidak berpegang kepada kata-kata tidak miliki apa-apa. Seorang lelaki sejati akan mengotakan janjinya.”

Kata-kata itu dipercayai ditujukan kepada Rodgers yang enggan melepaskan pemain itu ke Lyon.

Melalui kenyataan di laman sesawang rasmi kelab, Rodgers berkata:

“Setiap keputusan yang diambil di sini adalah untuk kebaikan kelab dan penyokong.

“Ia penting untuk menjelaskan kami tidak pernah berjanji kepada pemain bahawa mereka boleh pergi selepas tempoh tertentu. Ia tidak pernah berlaku begitu.

“Malah kami tidak pernah mahu menjual Moussa [Dembele], terutama disebabkan jendela perpindahan yang akan ditutup. Itulah sebab utaa kami menolak tawaran pertama dari Lyon.

(Photo by Steve Welsh/Getty Images)

“Bagaimanapun keputuan ini terpaksa dilakukan demi kepentingan skuad utama dan barisan kejurulatihan, serta budaya dan persekitaran yang telah dipupuk sejak dua musim yang lalu.

“Saya dan pihak lembaga pengarah bersatu hati dalam perkara ini, dan mereka menunjukkan sokongan kepada saya terhadap isu ini.

“Fokus sebenar akan tertumpu kepada perlawanan pada Ahad dan seterusnya, memastikan setiap individu di sini terus komited demi kejayaan berterusan di kelab ini.

“Akhir sekali, saya mahu mengucapkan terima kasih atas sumbangan Moussa selama dua musim ini, dan mengucapkan selamat maju jaya di Lyon,” ujar Rodgers dalam kenyataan tersebut.

Jawapan oleh Rodgers ini turut dibalas sekali lagi oleh Dembele yang menganggap ia sebagai pembohongan.

Dembele adalah produk akademi Paris Saint-Germain, menyertai Celtic sebagai ejen bebas pada musim panas 2016 daripada Fulham.

Beliau telah tampil di dalam 94 perlawanan sejak tiba di Celtic Park, dan menjaringkan 51 gol sepanjang dua musim lalu.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN