Mourinho Tak Turunkan Bailly Kerap Kerana Negara Beliau Tak Layak Piala Dunia

Eric Bailly

Jose Mourinho ada alasan tersendiri ketika ditanya kenapa beliau kerap tidak menurunkan Eric Bailly dalam skuad?

Persoalan ini memang seringkali ditanya oleh peminat-peminat Manchester United yang hairan kerana Bailly dilihat lebih baik daripada pemain seperti Smalling, Lindelof mahupun Rojo.

Mourinho berkata, itu berlaku kerana pemain itu tidak akan bermain di Piala Dunia. Jadi buat masa ini, pemain yang berjuang untuk mendapat tempat serta mengekalkan kecergasan optimum untuk Piala Dunia akan diberikan keutamaan.

Jadi, Mourinho memberikan minit perlawanan yang lebih banyak kepada Phil Jones, Chris Smalling, Marcos Rojo dan Victor Lindelöf. Beliau menafikan yang beliau dan Eric Bailly ada bertengkar di pusat latihan dan sudah tak sehaluan.

“Tiada masalah, kerana Eric baik-baik sahaja. Dengan jujurnya kerja saya tiada kaitan dengan Piala Dunia ataupun menyediakan pemain untuk pasukan kebangsaan.”

“Saya cuba menjadi pengurus yang baik. Oleh itu kadangkala saya perlu tegas dan mementingkan diri sendiri pada masa-masa tertentu.”

“Namun saya bukanlah manusia yang jahat dan saya masih ada hati perut. Jika saya membuat keputusan tentang situasi Eric Bailly berdasarkan emosi, ianya tidak akan membantu.”

“Saya memikirkan tentang 4 pemain lagi yang berjuang untuk mendapatkan tempat dalam pasukan ke Piala Dunia.”

Martial pula antara pemain yang pasti mengharapkan Mourinho memberikan lebih minit kepada beliau seperti mana 4 pemain tersebut. Ini kerana Martial kelihatan sukar untuk mendapatkan tempat dalam pasukan utama Perancis.

(Photo by Richard Heathcote/Getty Images)

Ditanya tentang, adakah beliau akan melepaskan beberapa bintang beliau. Mourinho berkata, beliau berkata:

“Berdasarkan laporan yang ada pada saya, saya disarankan untu tidak menjual sesiapa. Saya tahu yang saya akan kehilangan Michael Carrick musim panas ini.”

“Fellaini mungkin akan pergi jika beliau mahu pergi. Dan beliau tahu kami mahukan beliau kekal di sini. Beliau sudah ditawarkan kontrak yang lebih baik di atas meja beliau ketika ini.”

Ditanya, adakah beliau akan melepaskan Rui Faria jika penolong beliau itu ditawarkan jawatan pengurus di Arsenal?

Ini kerana nama Rui Faria dikatakan dalam senarai pendek mengisi kekosongan di Emirates. Mourinho menjawab:

“Selepas 18 tahun kami bersama, Rui Faria lebih daripada seorang pembantu bagi saya. Dia adalah rakan saya. Jika dia ada peluang dapat jawatan yang besar seperti itu, saya akan sentiasa bersedia membantu beliau.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN