Mourinho Tahu Taktikal Lampard

Pada Disember lalu bekas pemain, Chelsea kendalian Frank Lampard menewaskan Tottenham Hotspur yang dikendalikan Jose Mournho 2-0 di Stadium baharu milik Spurs.

Kini Mourinho berkata sudah tidak sabar untuk perlawanan itu berulang kembali, dan kali ini pengendali dari Portugal itu berkata beliau mempunyai kelebihan.

Dalam sidang media baru-baru ini, Mourinho mendakwa beliau tahu barisan pemain yang akan diturunkan Lampard dalam perlawanan di Stamford Bridge pada malam ini.

Namun Mourinho enggan mendedahkan sumber beliau, kenyataan tersebut dilihat seperti perang minda oleh Mourinho kepada bekas pemainnya, Lampard.

“Saya diberitahu mereka [Chelsea] akan beraksi dengan lima pemain di belakang. Ia normal apabila keputusan yang dihasilkan sebelum ini bukan seperti yang mereka mahukan,” kata Mourinho.

Apabila ditanya wartawan mengenai sumber beliau, Mourinho enggan mendedahkan sumber sebenar dan sekadar menjawab:

“Saya memperolehi maklumat dengan cara yang sama seperti anda [media], dan anda tidak mendedahkan sumber tersebut.”

Chelsea akan memulakan perlawanan Liga Perdana Inggeris pada minggu ini di tempat keempat dengan kelebihan satu mata ke atas Spurs.

Pasukan di tempat ke-10, Arsenal pula hanya ketinggalan enam mata di belakang Spurs, gambaran betapa rapatnya saingan merebut tempat ke eropah pada musim ini.

Kedudukan tempat ke-5 mungkin sudah memadai untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim akan datang selepas UEFA menjatuhkan hukuman gantung dua musim terhadap Manchester City dari pertandingan Eropah.

“Buat masa ini Tottenham, Manchester United, Arsenal, Sheffield United, Wolverhampton, Everton – kami bukan pasukan pilihan,” tambah Mourinho.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply