Mourinho Muat Naik Status Pilu Di Instagram, Penghormatan Buat Ayahnya Yang Meninggal Dunia

Ayah kepada Jose Mourinho Felix meninggal dunia pada usia 79 tahun di Setubal, Portugal pada Ahad yang lalu. Jasad ayah Mourinho akan disemadikan pada hari ini di Portugal.

Pengurus Manchester United itu memuatnaik satu gambar hitam putih ke dalam instagram miliknya sebagai penghormatan kepada mendiang ayahnya.

Gambar tersebut adalah gambar ketika Jose Mourinho masih lagi seorang kanak-kanak duduk di sisi ayahnya.

Jose Manuel Mourinho Felix, ayah kepada Jose Mourinho adalah seorang penjaga gol ketika zaman mudanya. Beliau meninggal dunia setelah terlantar sakit selama beberapa bulan.

Sebagai seorang pemain bola sepak, Mourinho Felix beraksi untuk kelab Vitoria Setubal sebelum menyertai Belenenses.

Mourinho Felix membuat 274 penampilan di dalam Liga Portugal di antara tahun 1955 sehinga tahun 1974.

Mourinho Felix turut pernah beraksi untuk pasukan kebangsaan Portugal satu masa dahulu.

Satu-satunya penampilan beliau di peringkat antarabangsa ialah ketika menentang pasukan Ireland pada tahun 1972 di dalam satu kejohanan jemputan iaitu Piala Kemerdekaan Brazil.

Setelah bersara daripada karier sebagai pemain, Mourinho Felix meneruskan minat bola sepaknya ke dalam bidang kejurulatihan.

https://twitter.com/BelenensesSAD/status/879086505632952321

Beliau pernah melatih beberapa buah kelab di Portugal seperti Uniao Leiria, Rio Ave, Belenenses dan juga Vitoria.

Mourinho Felix pernah memenangi Liga Divisyen 2 di Portugal sebanyak 4 kali dan juga Piala Portugis sebanyak 2 kali ketika bermain di peringkat kelab.

Persatuan Bola Sepak Portugal turut meluahkan kata-kata takziah atas kehilangan Jose Mouringi dan keluarganya.

Mourinho kerap berulang alik dari Manchester ke Portugal sejak beberapa bulan kebelakangan ini untuk melawat ayahnya yang tidak sihat.

Kesihatan ayahnya semakin surut sebelum menghembuskan nafas terakhir pada Ahad yang lalu.

Sekarang kita mengetahui dari manakah minat dan rahsia kejayaan Jose Mourinho di dalam bidang pengurusan bola sepak.

Takziah buat Jose Mourinho dan sekeluarga.

Sumber:

1. Adam Shergold, Daily Mail (2017): Jose Mourinho’s father Felix dies aged 79 as Manchester United manager posts touching childhood photograph on Instagram;
http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4639094/Jose-Mourinho-s-father-Felix-dies-aged-79.html

2. The Telegraph (2017): Jose Mourinho pays tribute to his father, Felix, who passes away aged 79;
http://www.telegraph.co.uk/football/2017/06/26/jose-mourinho-pays-tribute-father-felix-passes-away-aged-79/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN