Mourinho Sertai Sky Sports, Tugasan Pertama Beliau Adalah Di Old Trafford

Sky Sports melakukan ‘marquee signing’ kali ini dengan mendapatkan Jose Mourinho sebagai pundit terbaru mereka.

Mourinho bukan sahaja pengurus yang hebat malas sangat ramai yang menyukai ulasan beliau. Misalnya ketika Piala Dunia 2018 serta UCL pada musim lalu.

Menariknya, tugasan pertama untuk The Special One adalah melibatkan perlawanan di antara 2 bekas kelabnya iaitu Manchester United dan Chelsea, yang akan berlangsung di Old Trafford pada hujung minggu.

Musim lalu beliau pernah bekerjasama dengan bekas seterunya di tepi padang, Arsene Wenger di BeIN untuk analisis.

Mourinho gembira dengan peranannya kali ini. Beliau berkata: “Liga Perdana Inggeris adalah pertandingan yang istimewa untuk saya. Satu kejohanan yang menuntut banyak sekali kerja keras untuk menang. Anda tidak boleh terlepas satu perlawanan pun setiap minggu.”

“Sky Sports adalah rumah kepada EPL. Dan saya amat berbesar hati untuk menyertai pasukan mereka, membantu pasukan di sini memahami dan menjelaskan apa yang berlaku di dalam perlawanan.”

“Bola sepak ini satu kecintaan yang besar, dan ia sangat bermakna untuk para penyokong. Saya sudah tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada EPL bersama mereka, sehinggalah saya kembali ke tempat saya di tepi padang.”

Pastinya menarik mendengar Mourinho mengulas 2 pasukan ini dalam aksi pertama EPL mereka.

Chelsea adalah pasukan yang sangat signifikan dengan Jose Mourinho. Mereka dibimbing oleh bekas anak buah istimewa Mourinho iaitu Frank Lampard.

Sementara itu Man. United diuruskan oleh Ole Gunnar Solskjaer, yang menggantikan Mourinho pada musim lalu.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram