Mourinho Ramal United Kalah Lawan Middlesbrough Sebab Ramai Musuh, Keane Beri Respon

Jose Mourinho telah menembak musuh-musuh Manchester United yang telah menyusun jadual perlawanan yang teruk untuk Manchester United.

Pengurus dari Portugis ini menjangkakan pasukan beliau akan kalah menentang Boro pada hujung minggu ini.

Ia diburukkan dengan kecederaan oleh Pogba dan Daley Blind. Pada masa yang sama Mourinho juga menyalahkan jadual padat ini membuatkan mereka berhadapan isu keletihan yang teruk.

“Kami banyak sangat musuh. Sepatutnya musuh kami Rostov, tetapi rupanya banyak.”

“Sangat sukar untuk kami bermain menentang Chelsea Isnin lalu dengan 10 pemain. Kemudian, lebih teruk kami akan bermain pada Ahad ini pukul 12 tengah hari.”

“Kami banyak musuh tetapi anak-anak buah saya luar biasa.”

“Yang saya tak faham, masih ada orang mempersoalkan dan berpendapat kami patut bermain lebih baik dan menjaringkan lebih banyak gol.”

“Realitinya, kami berhadapan dengan banyak perkara yang menentang kami.”

“Kami harus melawan. Pemain-pemain saya sangat hebat. Kami kemungkinan akan tewas Ahad ini tetapi kami akan cuba yang terbaik.”

Berkenaan dengan kecederaan Paul Pogba dan Daley Blind, Mourinho berkata:

“Paul cedera di otot. Daley saya tak pasti lagi. Yang saya tahu, ianya kerana keletihan melampau.”

“Saya tak akan lupa peristiwa saya bercakap dengan delegasi UEFA di Rostov.”

“Saya kritik kedaan padang dan mereka membalas, pemain kalau cedera kan ada insurans, jadi tiada masalah bermain dalam padang seperti itu.”

Orang yang menyusun jadual kami Ahad ini pun rasanya ada fikiran yang sama. Mereka mungkin fikirkan, apa masalah pemain cedera? Insurans kan ada.”

Respon Roy Keane

Lagenda Manchester United, Roy Keane menempelak Jose Mourinho dan berkata:

“Dia sekarang ini menguruskan Manchester United, salah sebuah kelab paling besar di dunia.”

“Dengan skuad yang dia ada, dia masih merungut tentang faktor keletihan?”

“Mereka ada beberapa perlawanan cup competition yang mudah dan banyak bermain di Old Trafford (untuk lakukan rotation).”

“Mourinho sedang bercakap benda yang sangat mengarut. Saya jarang mendengar benda lebih sampah dari ini.”

“Mungkin kelab ini terlalu besar untuk dia sehingga tidak mampu menuruti jumlah perlawanan yang banyak,”

“Malam tadi, dia boleh pakai pasukan simpanan Manchester United untuk menang. Saya naik gila mendengarnya.”

“Semalam dia lebih kepada berdrama dengan memberikan pisang kepada Young untuk diberikan kepada Rojo dengan alasan pemain dia hampir pengsan.”

“Dia tak perlu buat benda macam tu. Jurulatih kecergasan ataupun pegawai perubatan yang biasanya buat benda macam itu.”

Baca juga: Neymar Jr’s Five Malaysia Kembali Lagi, Beri Peluang Kepada Warga Tempatan Main Di Brazil

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN