Mourinho Pilih Ronaldo Dari Brazil Berbanding Messi Atau Cristiano Ronaldo

Jose Mourinho menganggap ikon bola sepak dunia dari Brazil, Ronaldo Luis Nazario de Lima sebagai pemain terbaik yang penah beliau saksikan.

Pengendali dari Portgal itu adalah pembantu jurulatih Bobby Robson pada musim 1996/97, menyaksikan Ronaldo menjaringkan 47 gol dari 49 penampilan untuk Barcelona dalam semua pertandingan.

Ronaldo terus membuktikan bisanya ketika bersama Inter Milan dan Real Madrid selepas itu, dan membanti Brazil muncul juara Pala Dunia pada 2002 sebelum bersara sebagai pemain pada 2011.

Mourinho juga pernah melatih Cristiano Ronaldo di Real Madrid dan pernah berhadapan Messi di Barcelona sepanjang karier kejurulatihannya.

Kedua-dua pemain dianggap sebagai antara pemain terbaik dunia yang pernah dilahirkan di dalam dunia bola sepak.

Walaupun mengakui kedua-dua pemain itu melalui tempoh kegemilangan yang lebih lama, Mourino – kini tanpa kelab sejak meninggalkan Manchester United – menganggap belum ada pemain yang setanding dari segi bakat dan skil individu berbanding Ronaldo dari Brazil.

Ketika ditanya oleh LiveScore siapakah pemain terbaik yang pernah beliau lihat beraksi, Mourinho menjawab: “Ronaldo.

“Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi melalui karier yang lebih panjang, dan kekal di kelompok atas sejak 15 tahun lalu.

“Namun jika kita bercakap mengenai bakat dan skill, tiada pemain yang boleh menandingi Ronaldo.

“Apabila beliau [Ronaldo] di Barcelina di bawah Bobby Robson, saya menyedari beliau adalah pemain terbaik yang pernah saya saksikan beraksi.

“Kecederaan membunuh karier beliau, dan beliau mungkin boleh pergi lebih jauh [dari segi pencapaian]. Tetapi bakat yang dimiliki oleh seorang pemain pada usia 19 tahun [pada ketika itu] amat menakjubkan.

“Pada 1997, Barcelona bermain menentang PSG di Rotterdam, dan Ronaldo menjaringkan gol, 1-0. Ia amat hebat,” kenang Mourinho.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN