Mourinho Perjelas Prestasi Buruk Man Utd Dalam Tempoh 212 Saat

3 minit 32 saat. Itulah tempoh yang digunakan oleh pengurus Manchester United untuk menjelaskan mengapa pasukan beliau berhadapan dengan kemelut prestasi musim ini tanpa mendedahkan butirannya.

Namun demikian Mourinho mengakui bertanggungjawab terhadap prestasi pasukan yang sudah tanpa kemenangan dalam empat perlawanan setakat ini.

Manchester United juga sudah tewas dalam tiga daripada tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini, menjadikan ia permulaan terburuk kelab berkenaan di dalam tempoh 29 tahun sebelum ini.

MANCHESTER, ENGLAND – OCTOBER 05: (EXCLUSIVE COVERAGE) Manager Jose Mourinho of Manchester United speaks during a press conference at Aon Training Complex on October 5, 2018 in Manchester, England. (Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

Dalam sidang media menjelang perlawanan menentang Newcastle United pada hujung minggu ini, Mourinho hanya menjawab lima daripada enam soalan yang diajukan oleh wartawan di pusat latihan Carrington.

Sidang media yang diawalkan itu juga hanya berlangsung selama 212 saat.

Menjawab soalan wartawan mengenai ketandusan kemenangan yang dihadapi oleh Manchester United sejak akhir-akhir ini adalah indikasi ia bukan kualiti yang sepatutnya ditampilkan oleh kelab tersebut, Mourinho menjawab: “Ya. Saya terima kenyataan itu.”

Bagaimanapun pengurus dari Portugal itu menekankan ada banyak sebab mengapa pasukan kendalian beliau menampilkan prestasi buruk sejak permulaan kempen, tanpa mahu menjelaskan butiran sebab-sebab tersebut.

(Photo by Michael Regan/Getty Images)

Manchester United kini bergelut untuk memburu keputusan positif dalam perlawanan menentang Newcastle United pada hujung minggu ini. Menjawab soalan mengenai kepentingan perlawanan tersebut, Mourinho berkata:

“Sangat penting. Saya tahu kini baru permulaan Oktober dan jika anda melihat kepada kedudukan liga-liga utama eropah, apa yang ditampilkan pada September dan Oktober tidak akan memberi refleksi kepada apa yang berlaku menjelang akhir musim.

“Posisi kami pada hari ini berkata kami boleh menampilkan prestasi yang lebih baik. Untuk berbuat demikian, kami memerlukan mata.

“Kami hanya memperolehi satu mata dari enam maksimum dari dua perlawanan sebelum ini. Dan kami tahu untuk memperbaiki keadaan, kami perlu meraih tiga mata. Tetapi atas sebab lain, pasukan lain juga memburu mata tersebut.

. (Photo by Matthew Peters/Man Utd via Getty Images)

Dalam sidang media tersebut Mourinho sempat menghamburkan pujian kepada pengurus Newcastle, Rafael Benitez walaupun pasukan itu hanya mengumpul dua mata dari tujuh perlawanan dan berada di dalam zon bahaya.

“Beliau ialah seorang jurulatih yang sangat, sangat bagus. Pasukan beliau sentiasa beraksi dengan organisasi yang baik terutama ketika menentang pasukan utama. Beliau sangat cerdik melakukan analisis terhadap kualiri lawan, dan berusaha untuk mematikan langkah mereka.

“Keputusan mereka setakat ini menentang pasukan-pasukan utama belum memberikan mata kepada mereka. Tetapi mereka masih mampu bersaing dengan sengit. Jadi kami menjangkakan perlawanan yang sukar,” ujar Mourinho.

Benitez
(Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

“Kami hanya tewas sekali di tempat sendiri musim ini. Hanya kalah sekali dari tujuh perlawanan dan tanpa kemenangan dari tiga perlawanan. Tiga keputusan seri bukan kekalaha. Tetapi ia tidak sama dengan kegembiraan ketika mencatat kemenangan.

“Kerana itu, ia amat penting untuk kami menang perlawanan pada hujung minggu ini,” jelas Mourinho lagi.

Mourinho turut mengesahkan tiada kecederaan tambahan selain daripada Jesse Lingard, Ander Herrera dan Marcos Rojo terus akan disisihkan akibat kecederaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN