Mourinho: Parrott Langsung Tak Cukup Sedia Menggantikan Kane

Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho menegaskan bahawa remaja Ireland, Troy Parrott tidak bersedia sama sekali untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Harry Kane.

Harry Kane berehat panjang selepas cedera dan beliau mungkin tidak beraksi pada baki aksi musim ini.

Ada pihak cuba mempersoalkan kenapa Jose Mourinho tidak memberikan peluang kepada Troy Parrott? Dan seringkali menggunakan pemain seperti Lucas Moura ataupun Son Heung Min sebagai false no.9.

Kedua-dua pemain tersebut dilihat lebih efektif untuk peranan sebagai penyerang bahagian sayap.

Mourinho berterus – terang menyatakan pemain berusia 17 tahun dari Ireland itu langsung tidak bersedia untuk menggantikan Harry Kane.

Mourinho ketika ini sedang meratapi kekurangan pilihan di barisan serangan denganketiadaan Kane.

Walaupun Parrott membuat debut dalam aksi EPL, masuk sebagai pemain gantian dalam kemenangan 5-0 menentang Burnley pada Disember. Pemain itu kemudian tidak lagi muncul beraksi dalam liga meskipun Mourinho ketandusan pilihan.

Parrott menjadi pemain gantian yang tidak digunakan dalam aksi Piala FA pusingan ketiga Piala FA menentang Middlesbrough – dalam aksi pertama. Mourinho hanya melakukan 2 pertukaran. Untuk aksi ulangan, nama pemain remaja itu langsung tidak disenaraikan.

Bercakap kepada media menjelang aksi berhadapan Norwich City, Mourinho berkata dia percaya bahawa Parrott belum bersedia untuk mengisi ketiadaan Kane.

Mourinho mengakui Kane merupakan kehilangan besar untuk Spurs. Mourinho percaya Parrott pemain penting untuk masa depan pasukan Spurs. Namun terlalu mendesak pemain itu melakukan perkara yang beliau tak bersedia, akan merencatkan pembangunannya.

“Saya bersedia menjawab anda tentang Troy Parrott, kerana saya sudah berbual panjang dengannya hari ini.”

“Saya fikir beliau mempunyai potensi yang sangat baik. Saya juga merasakan bahawa beliau perlu lebih banyak lagi bekerja. Beliau sedang dalam proses yang tertentu, selepas satu proses, ke satu proses lagi.”

“Japhet Tanganga muncul dalam pasukan. Dan sekarang ini kita bercakap tentang, [pemain berusia] 17 tahun, dengan [pemain berusia] 20 tahun. Ada jarak tiga tahun di antara mereka.”

“Ok, dalam kes Tanganga, beliau sudah tiga tahun tanpa perlawanan Liga Perdana Inggeris, tetapi tiga tahun itu beliau bekerja dan bermain: bermain dalam kumpulan umurnya, bermain di dalam pasukan kebangsaan [muda] England.”

“Itu juga memberinya pengalaman. Kemudian dengan saya ia adalah bahagian terakhir di dalam penyediaannya, sebelum dia mendapat peluang dalam pasukan utama Spurs.”

“Saya fikir Troy perlu melalui proses demi proses. Bolehkah dia mendapat minit? Ya dia boleh. Saya tidak mengatakan dia tidak akan dapat apa-apa, tetapi untuk meletakkan tanggungjawab yang besar di bahunya, menggantikan seseorang seperti Kane, saya tidak fikir dia sudah bersedia sama sekali. “

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN