Mourinho Mahu Bale Sebagai Pembelian Pertama

Pengurus baharu Tottenham Hotspur, Jose Mourinho menjadikan Gareth Bale sebagai sasaran utama beliau.

Mourinho dikatakan meletakkan ia sebagai salah satu syarat kepada Daniel Levy untuk menerima jawatan di Spurs.

Mourinho mahu Levy berusaha untuk membawa pulang Gareth Bale. Ini kerana pemain itu bukanlah pilihan utama Zinedine Zidane di Real Madrid.

Bale masih mendapat banyak minit musim ini, ianya kerana kecederaan beberapa peamin utama yang lain.

Hubungan Zidane dengan Bale tidak pernah baik walaupun mereka bersama-sama mengecapi banyak kejayaan di Real Madrid.

Ini bukan pertama kali Mourinho mahukan Gareth Bale. Ketika menjadi pengurus Manchester United, Mourinho sudah beberapa kali mencuba untuk menandatangani Gareth Bale. Namun dihalang oleh harga yang terlalu tinggi.

Bale menimbulkan kontroversi dalam perlawanan antarabangsa baru-baru ini dengan meletakkan slogan pada bendera Wales iaitu, Wales. Golf. Madrid. Ia dipercayai sususan keutamaan dan keseronokan Bale ketika ini.

Slogan itu dibuat beberapa hari selepas Bale menyatakan beliau lebih gembira bermain di Wales walaupun para pemain Wales tidak ramai bintang besar seperti Real Madrid.

Real Madrid sentiasa membuka pintu untuk Bale keluar. Namun peliknya, sebelum ini Bale hampir ke China tetapi dihalang saat akhir oleh Real Madrid.

Zinedine Zidane sendiri terkejut dengan perkara itu. Bale lagilah marah apabila beliau menyatakan segalanya serba tak kena dengan kedudukan beliau.

Kepulangan semula Bales ke Spurs sentiasa ditunggu para peminat Spurs. Bale mengangkat kariernya ke tahap paling tinggi ketika di Spurs dan kemudian menarik perhatian Real Madrid.

Adakah Januari ini Bale akan kembali semula menyarung jersi putih teratai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram