Mourinho Berpendapat Trofi Kejuaraan Harus Jadi Keutamaan Liverpool Musim Ini

Jose Mourinho berkata trofi kejuaraan harus menjadi keutamaan sebagai kayu pengukur kepada kejayaan Liverpool di bawah bimbingan Jurgen Klopp.

Manchester United akan berkunjung ke Anfield pada awal pagi Isnin hadapan untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris berhadapan Liverpool.

Liverpool kini berada di kedudukan teratas selepas 16 perlawanan – namun sehingga kini belum memperolehi sebarang kejuaraan di bawah kendalian Klopp – termasuk seleps tewad di dua perlawanan akhir pertandingan eropah.

MANCHESTER, ENGLAND – DECEMBER 14: (EXCLUSIVE COVERAGE) Manager Jose Mourinho of Manchester United speaks during a press conference at Aon Training Complex on December 14, 2018 in Manchester, England. (Photo by Matthew Peters/Man Utd via Getty Images)
Perbezaan pelaburan

Mourinho sentiasa memberikan alasan mengenai kurangnya pelaburan di jendela perpindahan pemain mengenai prestasi buruk pasukannya musim ini.

Malah pengendali dari Portugal itu telah melakukan perbandingan dengan Liverpool yang berbelanja sejumlah £250 juta untuk pemain baharu sepanjang 2018.

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Sebagai perbandingan Mourinho merujuk kepada nilai £70 juta yang dibelanjakan United untuk Fred, Diogo Dalot dan Lee Grant yang turut tiba sebelum bermulanya musim ini.

Walaupun dikritik kerana corak permainan yang membosankan, Mourinho telah meraih dua trofi di Old Trafford – dan Mourinho menegaskan Liverpool turut harus mula berbuat demikian sekarang.

Liverpool miliki potensi dan keinginan

Ditanya oleh wartawan mengenai ketandusan trofi oleh Liverpool, Mourinho berkata:

“Saya tidak tahu jika [memenangi] trofi itu penting. Ia terpulang kepada bagaimana anda mahukannya. Tetapi pada saya secara peribadi ia amat penting sekali.

“Apatah jika anda [Liverpool] mempunyai sebuah pasukan yang berpotensi untuk berbuat demikian – juga jika objektif sebenar anda ialah untuk menjuarai kejuaraan. Ada kalanya sekadar berkata trofi itu penting juga seperti kenyataan yang kurang bijak.

(Dave Thompson/PA via AP)

“Tetapi jika anda memiliki potensi berbuat demikian, anda tidak perlu berdalih. Anda akan tahu dari hari pertama bahawa potensi yang anda miliki selari dengan keinginan untuk memburu kejuaraan. Sekadar untuk berkata anda mahukan kejuaraan dan trofi, semua orang juga boleh berkata sedemikian.

“Satu perkara lagi ialah anda harus mempunyai kesedaran mengenai potensi yang pasukan anda miliki. Saya tidak begitu banyak membaca [akhbar], tetapi jika tidak silap Jurgen [Klopp] pernah mengatakan Liverpool mensasarkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Manchester United tempang

Manchester United bergelut dengan konsistensi pada musim ini – dari segi falsafah permainan dan pilihan pemain- dan Mourinho mengakui Manchester United pada hari ini sudah jauh dari imej yang pernah kelab itu bina satu ketika dahulu.

Berhadapan Liverpool pada hujung minggu ini, Manchester United terus serba serbi tempang selepas Chris Smalling, Luke Shaw, Diogo Dalot, Matteo Darmian dan Victor Lindelof disahkan tidak cergas sepenuhnya atau sedang mengalami kecederaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN