Mourinho: Kemenangan Ini Untuk Van Gaal

Untukmu Van Gaal

Jose Mourinho mendedikasikan kejayaan Manchester United menjulang Perisai Komuniti Inggeris 2016 kepada bekas pengurus Manchester United dan juga rakan baik beliau Louis Van Gaal.

Ini kerana, Louis Van Gaal telah membantu United menjulang Piala FA musim lalu sekaligus melayakan pasukan tersebut berentap dalam perebutan Perisai Komuniti 2016.

18179_54_pages_12_13825_656x500

United menewaskan Leicester City 2-1 di Wembley untuk membawa balik perisai ke-21 dalam sejarah kelab mereka.

“Saya ingin tujukan kemenangan ini kepada Louis van Gaal,” katanya.

“Saya tidak kisah jika satu lagu trofi kejayaan ini ditambah atas nama beliau. Saya masih ingat ketika saya membantu kelab lama saya dahulu untuk menjuarai sesuatu, ada antara mereka yang tidak mengiktiraf jasa saya membawa mereka sehingga ke sana(kejuaraan).”

“Jadi kemenangan ini adalah untuk Van Gaal dan juga pemain-pemain Manchester United yang tidak terlibat dalam perlawanan.”

Community-Shield

Komen Isu Kesebelasan Utama Dan Kecergasan Pasukan

“Ia adalah sukar untuk menyimpan pemain-pemain yang bagus seperti Memphis Depay, Phil Jones dan Ashley Young, tetapi saya terpaksa membuat pilihan. Kami adalah satu pasukan dan mereka pasti memahaminya.”

“Saya tahu kami akan bergelut pada separuh masa kedua, kami belum cukup cergas lagi,” katanya.

“Mujurlah kami berjaya memperbaiki keseimbangan dalam pasukan selepas melakukan berberapa pertukaran dan kami mengawal perlawanan sekali lagi dan menjaringkan gol kemenangan.”

Manchester United

“Walaubagaimanapun lima minit terakhir perlawanan adalah seperti mimpi ngeri.”

Leicester Akan Melalui Musim Hebat Sekali Lagi

“Saya merasakan Leicester seperti membawa masuk ‘Rory Delap’ apabila Luis Hernandez mulai melontar bola sejauh 50 meter ke dalam kotak penalti kami. Penjaga gol mereka turut naik dan ia detik yang sukar.”

hernandez-getty

“Leicester akan menjadi pasukan yang hebat sekali lagi musim ini.”

United Belum Lagi Pasukn Hebat Namun Penuh Keinginan Dan Aspirasi

“Kami juga turut bertambah baik, walaupun sedikit bergelut pada babak kedua, kami sangat kompak dan teratur. Kami akhirnya berjaya memenanginya.”

“Pada masa ini kami bukanlah pasukan yang hebat, kami hanya satu pasukan hebat dari segi keinginan sahaja.”

“Kami mahu menang setiap perlawanan musim ini. Ia mungkin seperti cita-cita bodoh, dan sebenarnya ia memang satu cita-cita bodoh, tetapi itulah apa yang saya rasa yang perlu kita lakukan. “- Jose Mourinho

Baca juga:5 Perkara Daripada Perlawanan Manchester United v Leicester

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN