Mourinho Keluarkan Rashford Kerana Takut Pengadil Terpengaruh Ulasan Neville

Gary Neville dalam ulasan beliau memberitahu, Marcus Rashford sepatutnya sudah dibuang padang pada separuh masa pertama selepas mengasari James Milner. Neville menyifatkan bentesan itu berbahaya dan patut kad merah.

Dalam sidang media, Mourinho menjawab soalan wartawan yang bertanya, apa reaksi beliau ketika penyokong Manchester United ada yang menge-boo keputusan beliau mengeluarkan Rashford dan memasukkan Fellaini pada minit ke-70.

Penyokong Manchester United memang ramai yang kurang senang dengan pendekatan defensif Mourinho. Namun pengendali dari Portugal ini mengambil kesempatan dengan menyindir Gary Neville dalam sidang media tersebut.

“Tiada masalah jika ada orang tak setuju dengan keputusan saya. Namun begitu, ada orang memberitahu saya yang Gary Neville mahukan pengadil membuang Rashford dari padang dengan kad merah pada separuh masa pertama.”

“Itu yang membuatkan saya takut kalau-kalau pengadil menonton tv pada rehat separuh masa, mereka mungkin terpengaruh dengan Gary.”

Ramai yang tergelak dengan kenyataan Mourinho itu. Kemudian beliau menjelaskan, beliau terpaksa memasukkan pemain lebih defensif kerana Liverpool semakin intensif menekan mereka.

Gary Neville hanya membalas balik kenyataan Mourinho dengan emoji gelak.

Manchester United menang 2-1 ke atas Liverpool untuk menjarakkan diri mereka 5 mata daripada seteru mereka itu di tangga ke-2. Marcos Rashford menjaringkan 2 gol kemenangan Man. United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN