Mourinho Arah Fellaini Diam & Jangan Perjudi Nasib

Jose Mourinho telah mengarahkan Marouane Fellaini untuk menerima tawaran kontrak baharu dariada Manchester United dan jangan bercakap terlalu banyak.

Ini adalah supaya Fellaini tidak meletakkan karier diri sendiri di dalam risiko dengan menanti sehingga kontrak beliau tamat sebelum memberikan keputusan.

(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Fellaini belum lagi menerima tawaran kontrak baharu oleh Manchester United, dan boleh pergi menyertai mana-mana pasukan lain secara percuma selepas musim ini berakhir.

Namun demikian, Mourinho berpendapat pemain berusia 30 tahun itu akan meletakkan karier beliau di dalam risiko. Apatah lagi pemain tersebut sedang mengalami kecederaan di bahagian lutut.

“Saya sudah menjelaskan kepada beliau dan berkata: “Jangan cakap banyak, dan tandatangani kontrak tersebut.” Saya menasihatkan beliau supaya tidak memperjudikan masa depan.”

“Tandatangani kontrak tersebut sebelum beliau sendiri mengetahui sejauh mana tahap kecederaan itu.”

(Photo credit should read IAN KINGTON/AFP/Getty Images)

Fellaini hanya bertahan selama 7 minit ketika aksi menentang Tottenham Hotspur pada pertengahan minggu lalu, selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.

Manchester United akan terlepas khidmat Fellaini ketika berhadapan dengan Huddersfield di Old Trafford pada hari ini. Mourinho turut berkata sebelum ini bahawa Fellaini mungkin terpaksa berehat selama beberapa minggu akibat kecederaan tersebut.

Sebelum ini, media di UK pernah melaporkan Fellaini pernah menolak tawaran pembaharuan kontrak oleh Manchester United pada September lalu.

(Photo credit should read IAN KINGTON/AFP/Getty Images)

Mourinho dilaporkan berminat untuk mengekalkan Fellaini di Old Trafford, namun pemain tersebut dikatakan kurang bersetuju dengan tempoh kontrak baharu yang ditawarkan.

Memandangkan kontrak Fellaini bersama Manchester United akan tamat dalam tempoh daripada kurang daripada 6 bulan, ini bermakna pemain tersebut boleh berbincang dengan mana-mana kelab di luar England berdasarkan peraturan Bosman.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram