Mourinho: “De Gea Penjaga Gol Terbaik Dunia, Kami Tak Akan Jual”

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho meletakkan tanda noktah kepada spekulasi serta teka teki masa depan penjaga gol, David De Gea apabila memaklumkan bahawa pemain itu tidak akan dijual dan terus kekal berkhidmat bersama pasukan untuk musim akan datang.

De Gea boleh dikatakan antara salah seorang pemain terbaik Manchester United dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Penjaga gol asal Sepanyol itu sentiasa konsisten dan menjadi watak penting dalam kesebelasan utama bagi posisi penjaga gol utama Red Devils.

Namun beberapa bulan lalu, spekulasi mula timbul apabila De Gea meluahkan rasa kecewanya dengan sikap sambil lewa Manchester United yang dilihat tidak mengambil serius mengenai kontrak baharunya yang bakal berakhir pada Jun 2019.

Ditambah pula dengan khabar angin yang melaporkan bahawa kelab itu sedang beruding dengan penjaga gol utama England Jordan Pickford untuk dibawa ke Old Trafford bagi menggantikan De Gea.

Tidak akan dilepaskan

Mourinho memberi isyarat bahawa mereka tidak akan melepaskan De Gea kepada pasukan lain.

Menerusi Goal, Mourinho dipetik sebagai berkata:

“Dia [De Gea] adalah pemain berkelas dunia. Jika kelab bercita-cita untuk menjadi sebuah kelab yang besar, dengan memperoleh kemenangan, kami memerlukan penjaga gol terbaik di dunia.”

MANCHESTER, ENGLAND – NOVEMBER 27: David de Gea of Manchester United makes an athletic save during the Group H match of the UEFA Champions League between Manchester United and BSC Young Boys at Old Trafford on November 27, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

“Dan, kami juga perlukan pemain terbaik dunia yang lain. Dalam kes ini, kita mempunyai penjaga gol terbaik di dunia dan saya tahu bahawa dia mahu kekal di sini.”

Rundingan positif

Mourinho memaklumkan bahawa pihaknya sedang dalam proses rundingan mengenai lanjutan kontrak dengan pemain tersebut. Mourinho turut memaklumkan; setakat ini rundingan awal antara kedua-dua pihak dilihat menemui keputusan positif.

Mourinho juga menyatakan ejen kepada De Gea bersetuju dengan syarat dan perjanjian yang diletakkan oleh pihak kelab untuk De Gea kekal di Old Traffod.

“Saya tahu bahawa ejennya gembira dengan perkara ini. Dapat menyedari apa yang dia mahukan dan saya tahu pengarah kami juga mahukan dia untuk bertahan.

“Oleh itu mudah-mudahan, kita akan mencapai keputusan yang baik.”

De Gea dianggap antara penjaga gol terbaik dunia ketika ini. Beliau bangkit daripada permulaan kurang meyakinkan ketika mula menyertai United pada tahun 2011 dari Atletico Madrid untuk memenangi – Liga Perdana Inggeris (EPL) 2013, Piala FA 2016, Piala Liga 2017 dan Liga Europa 16/17.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN