Mourinho Bingung Ketika Ditanya Mengenai Dulux Troll Tottenham

Pengurus Tottenham Jose Mourinho menunjukkan riak wajah bingung ketika diajukan oleh wartawan mengenai penajaan Dulux bersama kelabnya.

Perjanjian penajaan syarikat cat terkemuka UK, Dulux bersama Tottenham bermula dengan agak kasar apabila syarikat tersebut melakukan troll selepas Tottenham Hotspur mengumumkan mereka sebagai rakan penaja rasmi dan pengedar cat rasmi pertama buat pasukan daripada London itu.

Dalam pengumuman itu anjing ikonik dan popular seantero dunia yang menjadi maskot Dulux telah membuat penampilan dalam poster pengumuman.

Namun satu tindakan agak kejam telah dilakukan oleh pasukan yang menguruskan akaun Twitter rasmi Dulux UK yang telah melakukan troll yang bertahap satu penghinaan kepada Spurs.

Ada seorang peminat telah bertanya soalan yang tidak perlu dijawab: “Adakah anjing itu boleh bermain sebagai centre-back.”

Satu jawapan balas yang tidak patut telah dibalas Admin Dulux:

“Anjing ini boleh bermain lebih baik.”

Selain itu laman Twitter Dulux UK juga telah memuat naik gambar kabinet trofi Spurs untuk dijual dan senada dengan peminat yang mahukan kabinet trofi dijadikan tempat simpanan tong cat.

Ciapan tersebut dipadam selepas itu, namun ia sudah terlambat kerana telah menjadi tular ke seluruh dunia.

Dan dalam sidang media baru-baru ini, seorang wartawan mengajukan soalan berkaitan troll tersebut kepada Mourinho dan maskot yang boleh beraksi sebagai centre back itu.

“Saya tahu anda seorang peminat anjing, Adakah anda suka akan anjing Inggeris baka sheep dog, sponsor baru kelab anda?”

Mourinho yang mungkin tidak mengikuti perkembangan semasa warga net kelihatan bingung dan bertanya kembali, “Apa itu?”

Bekas pengendali Chelsea, Manchester United, Inter Milan dan Real Madrid itu turut kelihatan seperti meminta penjelasan dari pegawai media berhampirannya.

“Tidak mengapa, abaikan sahaja,” kata wartawan itu kemudian untuk menamatkan sahaja soalan yang mungkin merupakan soalan paling pelik pernah diajukan kepada Mourinho.

Mourinho sebenarnya bukanlah individu yang asing kepada media sosial. Beliau memiliki akaun Instagram sendiri dan memiliki lebih dua juta pengitkut. Namun beliau bukanlah pengguna Twitter, maka tidak hairanlah beliau tidak mengetahui apa yang berlaku.

 

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Jose Mourinho:

Lihat Etika Berpakaian Pengurus Premier League: Suit, Tracksuit Atau Jeans?

Bruno Fernandes Jawab Sindiran Mourinho Tentang Sepakan Penalti

Mourinho Berdepan Pemecatan Jika Gagal Lakukan Satu Perkara Ini Untuk Tottenham

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply