Mourinho Berdepan Pemecatan Jika Gagal Lakukan Satu Perkara Ini Untuk Tottenham

Jose Mourinho Tottenham Hotspur

Tewas 3-0 kepada Dinamo Zagreb dalam aksi Liga Europa tempoh hari meletakkan kedudukan pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho dalam bahaya dan berdepan dengan kemungkinan dipecat.

Jurulatih warga Portugal itu gagal membawa Spurs ke pusingan 16 terakhir walaupun selesa mendahului 2-0 dalam perlawanan pertama sebelum tewas dalam aksi timbal balik.

Mourinho dilaporkan telah diberikan kata dua oleh pihak pengurusan kelab sekiranya beliau masih mahu mengekalkan jawatannya itu.

Sekalipun beliau berjaya mendapatkan trofi pertama untuk Spurs dengan menewaskan Manchester City dalam perlawanan akhir Piala Carabao pada bulan depan, ia masih belum cukup untuk memastikan kedudukannya selamat.

Tetapi yang menjadi keutamaan pihak kelab adalah memastikan Spurs menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di kedudukan empat pasukan teratas dan menempah slot kelayakan ke kejohanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim hadapan.

Jika kelab utara London itu sekadar mengakhiri musim 2020/21 ini di tempat kelima dan ke bawah, maka tiada maaf buat ‘The Special One’.

Spurs pada awal musim dilihat bermula dengan sangat baik dan sempat berada di persada liga buat seketika sebelum bergelut dengan prestasi yang tidak konsisten yang menyebabkan mereka kini sekadar menduduki tangga kelapan dengan 45 mata.

Dengan berbaki 10 perlawanan, kedudukan empat pasukan terbaik masih mampu diraih kerana hanya dipisahkan enam mata dengan Chelsea yang berada di tangga keempat dan mempunyai kelebihan satu perlawanan di dalam tangan.

Pemilik kelab Daniel Levy dikatakan telah memulakan usaha untuk mendapatkan pengurus baharu dengan jurulatih berusia 33 tahun, Julian Nagelsmann menjadi sasaran utama sekiranya Mourinho gagal mencapai sasaran yang diberikan.

Spurs akan kembali beraksi pada 4 April ini berdepan Newcastle United selepas tempoh rehat perlawanan antarabangsa.

Kredit Foto: Getty Images

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Jose Mourinho dan Tottenham Hotspur:

Mourinho Bengang Bale Muat Naik Gambar ‘Mengelirukan’ Di Instagram

Jose Mourinho: Saya Tak Diberikan Masa Yang Cukup Sewaktu Bimbing Man Utd

Jurgen Klopp: Kehadiran Mourinho Ubah Nasib Tottenham

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN