Mourinho Bengang Bale Muat Naik Gambar ‘Mengelirukan’ Di Instagram

Hantaran terbaharu Gareth Bale di Instagram baru-baru ini telah menimbulkan rasa tidak sedang pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho yang menyifatkannya sebagai ‘mengelirukan’ dan tidak menggambarkan realiti sebenar.

Ketiadaan pemain yang dipinjam dari Real Madrid itu ketika pasukannya tewas 5-4 kepada Everton dalam saingan Piala FA tempoh hari telah menimbulkan persoalan mengapa beliau diketepikan.

Sedangkan beliau telah memuat naik gambarnya sedang menjalani sesi latihan di media sosial dengan kapsyen ‘Sesi yang baik hari ini ??’.

“Ia amat kontradik di antara hantaran tersebut dan realiti sebenar. Gambar tersebut kononnya menunjukkan beliau menjalani latihan dengan baik dan bersedia untuk beraksi, itu langsung tidak tepat.” ujar Mourinho.

“Sejak awal musim ia saling berkait antara satu sama lain. Saya telah cuba sabaik mungkin untuk pastikan segalanya akan disimpan di peringkat dalaman sahaja, tetapi sekarang saya rasa perlu jelaskan keadaan sebenar.

“Saya akan sebut perkara ini buat kali terakhir, dia ada mengadu rasa tidak selesa, jadi dia mintak untuk membuat imbasan. Imbasan tersebut memang menunjukkan dia tidak mengalami kecederaan, tetapi sebagai jurulatih, saya tidak boleh menidakkan tahap persediaan seseorang pemain.

“Jadi saya memutuskan dia tidak bersedia untuk perlawanan tersebut [menentang Everton]. Ia semudah itu. Jika dia bersedia untuk perlawanan esok [Sabtu]. saya akan memilihnya.”

Bale setakat ini gagal mencipta impak yang diharapkan sejak kembali ke Spurs pada September lalu dengan hanya memulakan dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kebanyakan pihak mengharapkan beliau dapat kembali ke prestasi terbaiknya seperti mana yang pernah dicapai di awal kariernya bersama kelab utara London tersebut sebelum berhijrah ke Madrid.

Spurs dijadualkan bertemu Manchester City pada awal pagi esok di Stadium Etihad dalam misi mereka untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam liga.

Kredit Foto: Getty Images

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Gareth Bale dan Tottenham Hotspur:

‘Bale Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’ – Mourinho Mahu Penyokong Spurs Berhenti Berharap

‘Sebab Itu Dia Di Bangku Simpanan’ – Mourinho Tegaskan Tiada Keistimewaan Buat Bale

Jurgen Klopp: Kehadiran Mourinho Ubah Nasib Tottenham

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN