Mourinho: Membeli Untuk ‘Membunuh’ Pesaing? Ini Bukan Jerman!

Jose Mourinho memberitahu, di EPL, untuk sesuatu kelab membeli pemain terbaik dari seteru mereka, ianya sangat sukar.

Beliau sambil memberi perumpamaan, ia bukannya seperti Bayern Munich membeli pemain terbaik dari seteru mereka di Bundesliga.

Mourinho mengibaratkannya budaya buying to kill rivals (membeli untuk membunuh pesaing) itu hanya masih berlaku di Jerman.

Sikap sukar untuk membeli dan menjual pemain kepada seteru di EPL membuatkan liga ini lebih mencabar.

Ini kerana tidak ada konsep melemahkan atau membunuh lawan yang cuba menyaingi mereka.

Bercakap kepada The Telegraph pada Ahad lalu, Mourinho berkata:

“Hentikan bercakap tentang ketika era Sir Alex Ferguson. Ini adalah era yang berbeza.”

Mungkin Mourinho mengingatkan tentang penjualan Van Persie ke Manchester United.

“Sekarang ini, untuk membeli pemain terbaik daripada pesaing kita di England sudah semakin sukar. Ini bukan Jerman.”

“Ianya tidak seperti yang dilakukan oleh Bayern Munich di Bundesliga.”

“Di Jerman, Bayern Munich mulai memenangi liga menjelang musim panas. Mereka akan pergi ke Borussia Dortmund.”

(Nota editor: Musim panas di Eropah adalah pada Jun-Ogos. Ia adalah musim pra musim dan perpindahan pemain Eropah)

“Mereka ke sana untuk membeli pemain terbaik di sana, setiap tahun.”

“Satu hari mereka ke sana, dan dapat Robert Lewandowski. Tahun depan, ke sana lagi, dapat Mario Gotze.”

“Tahun seterusnya mereka pergi ke sana lagi, Mats Hummels.”

“Sebab  itu mereka sudah pun menang liga pada musim panas.”

Di EPL ia mustahil

“Adakah anda rasa saya boleh pergi ke Tottenham dan membawa 2 pemain terbaik Tottenham untuk membunuh Tottenham?”

“Tidak mungkin saya boleh lakukannya. Saya tidak mungkin boleh pergi ke Arsenal dan membawa dua pemain terbaik Arsenal.”

“Saya tidak boleh pergi ke Chelsea dan membawa dua pemain yang saya sukai ketika saya di sana. Masa itu dah berakhir.”

“Budaya menjadi juara dengan menyerang pesaing secara langsung itu sudah tidak wujud lagi di sini.”

“Kalau ada pun, anda hanya boleh dapat pemain-pemain yang tidak lagi dikehendaki oleh kelab-kelab ini.”

“Ataupun pemain yang disenarai jual oleh mereka. Yang pasti anda tidak boleh serang terus (direct) seteru anda.”

Baca juga: Gamba Osaka vs JDT: 5 Aspek Taktikal Yang Perlu Diberi Perhatian Oleh JDT

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN