Mourinho Mahu Kembali Pada Jun, Anggap Hazard Milik Personaliti Pemain Real Madrid

Jose Mourinho berkata pemain tengah Chelsea, Eden Hazard sememangnya merupakan seorang pemain yang memiliki bakat dan juga personaliti untuk mencipta kejayaan bersama Real Madrid.

“Adakah Hazard memiliki cukup bakat untuk bermain bersama Real Madrid? Beliau miliki itu. Adakah Hazard punyai personaliti untuk menyarung jersi Real Marid di hadapan ribuan penyokong di Bernabeu? Ya, beliau miliki personaliti itu,” ujar Mourinho kepada DAZN Espana ketika menjadi tetamu jemputan untuk mengulas perlawanan akhir Piala Carabao pada tengah malam tadi.

Hazard sertai Real Madrid?

Pemain antarabangsa Belgium itu menangguhkan proses perbincangan mengenai lanjutan kontrak bersama Chelsea untuk membenarkan beliau menilai pilihan yang ada.

Pengurus Chelsea sendiri, Maurizio Sarri turut dipetik sebagai berkata, Hazard harus memilih untuk menyertai Real Madrid sekiranya perpindahan tersebut membuatkan pemain itu gembira.

Spekulasi mengenai masa depan pemain itu di Stamford Bridge telah berlanjutan sejak beberapa bulan yang lalu. Chelsea tidak akan boleh membawa pengganti sekiranya menjual Hazard, setelah digantung oleh FIFA untuk tidak aktif di dua jendela perpindahan bersabit kesalahan memancing pemain di bawah umur.

Hazard
MANCHESTER, ENGLAND – FEBRUARY 10: Eden Hazard of Chelsea looks dejected at the end of the Premier League match between Manchester City and Chelsea FC at Etihad Stadium on February 10, 2019 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)
Mourinho juga mahu kembali

Mourinho turut melahirkan keinginan beliau untuk segera kembali ke dalam bidang pengurusan bola sepak setelah dipecat oleh Manchester United pada Disember lalu – dengan harapan mendapat tawaran pada musim panas akan datang.

“Untuk tempoh singkat ini, yang saya harap akan berakhir pada Jun, saya lebih risaukan apa yang orang lain akan lakukan berbanding apa yang akan saya lakukan di masa depan,” ujar bekas pengurus Real Madrid itu yang melakukan kerja-kerja pengulasan.

Kata-kata Mourinho itu seolah-olah beliau sudah pasti akan menggantikan mana-mana pengurus pada June nanti.

Destinasi Mourinho?

Chelsea, kelab di mana Mourinho pernah menjuarai tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) menyaksikan Maurizio Sarri terus berada di dalam tekanan selepas tewas di perlawanan akhir Piala Carabao pada malam tadi.

Namun sukar untuk membayangkan pengendali dari Portugal itu kembali menyertai kelab yang pernah memecat beliau sebanyak dua kali.

Di Real Madrid, Santiago Solari pula telah dilantik sebagai pengurus tetap untuk menggantikan Julen Lopetegui – namun Estadio Santiago Bernabeu kekal sebagai destinasi pilihan untuk Mourinho selain daripada Inter Milan yang kini bergelut bersama Luciano Spalletti di Serie A.

Walaupun Inter Milan kini berada di tangga ketiga Serie A, pasukan yang berpengkalan di San Siro itu ketinggalan 22 mata dari pendahulu Juventus. Mourinho pernah membantu Inter Milan memenangi treble ketika bersama pasukan Itali itu pada 2010.

Minggu lalu Mourinho juga dilihat menghadiri perlawanan Lille-Montpellier, dan turut berkata beliau berminat untuk mengendalikan pasukan dari Perancis satu hari nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN