Adakah Morata Meninggalkan Real Madrid Kerana Kecewa?

Alvaro Morata memberitahu sebab utama beliau memilih untuk menerima tawaran Chelsea. Ramai mula berspekulasi bahawa Alvaro Morata memilih untuk keluar dari Real Madrid kerana kecewa dengan karier beliau di sana. Morata adalah pemain yang berjiwa Madridistas.

Manchester United menjadi antara kelab terawal memburu beliau dalam jendela perpindahan kali ini. Jose Mourinho pernah menyatakan yang beliau perlukan ‘Ibrahimovic’ untuk musim baru.

Chelsea kemudian menyertai persaingan tersebut. Selepas itu presiden Real, Florentina Perez memberitahu yang tiada pemain Real Madrid akan dijual kali ini.

Ini selepas wartawan bertanya, adakah Real Madrid akan mendapatkan M’bappe? Perez menjawab:

“Jika kami membeli M’bappe, siapakah pemain yang kami akan jual? Saya gembira dengan kualiti pemain yang sedia ada.”

Chelsea dijangka akan membayar £75 juta untuk penyerang yang akan menggantikan seorang lagi penyerang kebangsaan Sepanyol, Diego Costa.

Morata berkata:

“Saya gembira, dengan izin tuhan, esok saya akan berada di Chelsea, kelab yang sentiasa ‘menyukai’ saya.”

“Saya ke sana bukan kerana kecewa. Saya tidak perlu kecewa apa-apa dengan karier saya di sini (Real). Saya memenangi 4 trofi di sini. Tetapi buat masa sekarang, fikiran saya hanya untuk menyarung jersi Chelsea.

Morata juga mengucapkan terima kasih kepada Real Madrid termasuk penyokong mereka. Morata menyatakan kebanggaan beliau setiap kali menyarung jersi Real Madrid.

Morata adalah graduan akademi Real Madrid yang berkelana ke Juventus pada 2014. Beliau kembali semula ke Real Madrid setelah aksi cemerlang bersama Juventus.

Musim lalu Morata hanya bermula 14 kali daripada 26 penampilan dalam La Liga bersama Real Madrid. Beliau menjaringkan 15 gol serta 4 bantuan gol.

Sumber

http://www.dailystar.co.uk/sport/football/631063/Alvaro-Morata-Chelsea-transfer-news-Quotes-Real-Madrid-Antonio-Conte-Premier-League

http://metro.co.uk/2017/07/20/jose-mourinho-backs-chelseas-move-to-sign-alvaro-morata-from-real-madrid-6792465/

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram