Morata: Kelab Dan Penyokong Chelsea Tidak Menyokong Saya Untuk Bangkit Selepas Kecederaan

Bekas penyerang Juventus, Chelsea dan Real Madrid, Alvaro Morata berkongsi pengalaman kemarau gol beliau di Chelsea.

Morata dibeli dengan harga yang sangat mahal – £70.6 juta – untuk menggantikan Diego Costa. Namun selepas itu, beliau bergelut dengan prestasi. Morata kemudiannya menyertai Atletico dan dilihat semakin mendapat rentak beliau.

Morata kecewa kerana Chelsea dan para penyokong The Blues tidak begitu menyokong beliau ketika beliau dalam proses pemulihan daripada kecederaan – dan seterusnya mahu kembali mendapatkan rentak.

Morata menjelaskan: “Saya hilang keyakinan dalam diri saya, sebelum ini. Saya sangat sedih dengan pandangan orang di England kepada saya. Mereka membuatkan saya terperangkap dalam semua perkara.”

“Saya tidak cukup dihargai ataupun disayangi oleh Kelab Chelsea dan para penyokong. Saya memulakan kempen dengan baik di Chelsea, namun kecederaan membuatkan saya kemarau.”

“Walaupun ianya musim yang teruk, saya tetap menjaringkan 15 gol dan memenangi Piala FA.”

“Malangnya, saya disisihkan daripada skuad Piala Dunia. Bagi saya, itu adalah perkara yang paling sukar berlaku dalam hidup saya.”

“Saya mengimpikan untuk bermain di Piala Dunia sejak berusia 10 tahun lagi. Saya memilih untuk menyertai Chelsea kerana saya fikir, ianya kelab terbaik yang akan membantu saya untuk bermain di Piala Dunia.”

“Sekarang ini, menandatangani kontrak dnegan Atletico telah menjadi perkara terbaik dalam hidup saya.”

“Ketika saya tiba di pusat latihan Ateltico, anda boleh lihat wajah-wajah mereka yang percaya dengan kami. Kamu dapat merasainya dengan cara rakan sepasukan kamu melihat kamu ketika di bilik persalinan pada hari perlawanan.”

“Berbeza di Chelsea, layanan rakan sepasukan – kecuali yang dari Sepanyol, anda akan terasa lain ketika bermain – anda menghantar bola kepada rakan yang anda tahu tidak mahu menghantar bola kepada anda.”

“Semua orang yang bermain bola sepak faham akan situasi itu, anda menghantar bola dalam keadaan yang tidak sama.”

“Saya melalui detik yang teruk di London. sampaikan satu ketika saya berlatih sendirian. Saya bercakap dengan Maurizio Sarri, dan saya tahu apa yang beliau akan beritahu saya. Saya gementar, isteri saya terkejut melihat keadaan saya.”

“Saya sudah tahu yang saya akan bermain untuk Atletico jika segalanya berjalan lancar. Ketika itu mereka sudah melalui 4 perlawanan. Dan saya dengan isteri saya menyaksikan kesemua perlawanan mereka di rumah. Isteri saya teruja dengan Atletico Madrid.”

“Isteri saya bukannya suka sangat dengan bola sepak. Namun dia tak faham kenapa perkara sebegini berlaku kepada saya. Ianya agak tidak masuk akal, menyaksikan perlawanan Atletico di rumah dengan rasa gementar. Ketika itu saya belum lagi menjadi pemain Atletico.”

“Ianya cerita yang saya akan kongsi satu demi satu pada masa hadapan. Saya pernah melalui detik – mengikat Kane dan Salah dari segi jumlah gol pada musim pertama. Dan penyokong Chelsea mencipta lagu untuk saya, sampaikan saya sukar nak keluar ke London.”

“Dan pada satu hari, saya bangun dan terasa belakang saya ditusuk. Air muka saya calar, dan mereka mulai mengkritik saya – di England.”

“Anda harus dihormati oleh penyokong, tetapi, anda tahu…”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN