JDT Bakal Umum Ketua Jurulatih Baharu, Mora Kembali Ke JDT II

Nampaknya, pasukan JDT akan memperoleh ketua jurulatih yang baharu!

Hasil daripada kemas kini terkini JDT menerusi laman JOHOR Southern Tigers, tugas Benjamin Mora sebagai jurulatih sementara pasukan JDT telah pun berakhir.

Dengan ini, beliau akan kembali sebagai ketua jurulatih pasukan JDT II semula yang merupakan tugas asal beliau.

Kembalinya Mora JDT II menyaksikan Ismail Ibrahim dan juga Raul Longhi akan memikul tugas sebagai pemangku jurulatih di JDT sebelum jurulatih sebenar diumumkan.

Pihak JDT dalam masa yang sama mengucapkan terima kasih kepada Mora kerana telah berusaha keras untuk pasukan tersebut.

“Kami ingin merakamkan ucapan setinggi tinggi terima kasih kepada Benjamin Mora atas segala kerja keras, dedikasi dan semua yang telah dilakukan oleh beliau sepanjang menjaga kelab kami yang hebat ini.”

Pihak JDT menyifatkan Mora merupakan seorang jurulatih yang sentiasa mampu membimbing pemain-pemain muda dan itu amat bersesuaian dengan tugasnya di JDT II.

Kini Benjamin Mora akan kembali kepada peranan asal beliau selaku ketua jurulatih JDT II kerana beliau hebat dalam tugas menyediakan pemain muda untuk pasukan utama.”

Pemain muda yang dapat kita lihat pada masa ini seperti Fazly Mazlan, Dominic Tan, Afiq Fazail, dan Hadi Fayyadh.”

Berita ini mungkin merupakan berita gembira buat sesetengah peminat JDT yang tidak gemarkan corak taktikal yang dibawa oleh Mora ke dalam pasukan JDT.

Jadi siapakah jurulatih baharu JDT selepas ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN