Moises Caicedo: 5 Perkara Tentang Bintang Muda Ecuador Sasaran Manchester United

Manchester United dilaporkan telah pun memulakan usahanya untuk mendapatkan pemain tengah muda Ecuador, Moises Caicedo menjelang tempoh perpindahan musim sejuk bulan Januari ini.

Ianya juga merupakan persediaan awal sekiranya bintang utama mereka, Paul Pogba yang dikatakan tidak lagi gembira di United menyertai pasukan lain dalam masa terdekat.

Berikut adalah lima perkara mengenai pemain berusia 19 tahun yang kini sedang beraksi untuk kelab Ecuador, Independiente del Valle.

Mentaliti juara

Beliau menjuarai Copa Mitad de Mundo bersama kelabnya di peringkat belia sebelum memimpin pasukannya sebagai kapten untuk meraih kejuaraan Copa Libertadores Bawah 20 tahun (B-20) selepas menundukkan River Plate.

Selepas dinaikkan ke skuad utama pada awal tahun ini, Caicedo telah beraksi dalam 28 perlawanan dalam semua pertandingan dengan menjaringkan enam gol termasuk dua gol dalam kejohanan Copa Libertadores.

Pencapaian tersebut jelas menunjukkan beliau mempunyai mental yang kuat dan keinginan yang tinggi untuk meraih kejayaan. Ianya adalah elemen yang amat diperlukan oleh United untuk kembali sebagai pasukan yang mampu mencabar kejuaraan.

Matang sebelum usia

Seawal usia 19 tahun, beliau telah pun membuat 31 penampilan di peringkat kelab dan turut membuat debut bersama skuad kebangsaan Ecuador pada Oktober lalu ketika tewas 1-0 kepada Argentina dalam aksi pusingan kelayakan Piala Dunia.

Sejak itu, beliau telah pun mengumpul empat kaps bersama negaranya termasuk meraih kemenangan ke atas Uruguay di mana beliau telah menjaringkan gol pertamanya di peringkat antarabangsa yang menjadikan beliau penjaring gol termuda untuk skuad senior Ecuador.

Beliau juga menjadi watak penting ketika Ecuador menewaskan Bolivia dan Colombia dalam pusingan kelayakan Piala Dunia dengan menyumbang tiga bantuan jaringan dan meletakkan negaranya kini di tangga ketiga di belakang Brazil dan Argentina.

Projek bakat muda United

Seperti yang diketahui, Ole Gunnar Solskjaer kini sedang mengumpul pemain-pemain muda berbakat dari seluruh dunia bagi mengukuhkan pasukannya di mana beliau telah pun menyambar Facundo Pellistri dan Amad Diallo pada musim panas lepas.

Selain itu, United juga telah membawa masuk pemain-pemain berbakat lain seperti Marc Jurado (Barcelona), Alvaro Fernandez (Real Madrid), Isak Hansen-Aaoren (Tromso IL), Alejandro Garnacho (Atletico Madrid), Willy Kambwala (Sochaux) dan Joe Hugill (Sunderland).

Gaya bermain

Apabila menjadi sasaran kelab besar Eropah, sudah tentulah kerana beliau memiliki kemahiran individu yang luar biasa. Caicedo mempunyai kemampuan untuk beraksi dalam pelbagai posisi di bahagian tengah terutamanya sebagai pemain tengah bertahan dan ‘box-to-box’.

Salah satu keistimewaannya adalah mempunyai teknik hantaran jauh yang berkualiti selain mempu membuat rembatan kencang dengan kaki kanannya yang membolehkan beliau menjaringkan gol dari jarak jauh.

Jurulatihnya di Indepediente, Miguel Angel Ramirez juga pernah memberitahu media bahawa Caicedo mempunyai deria yang kuat untuk membaca permainan, maka kemahiran individunya dalam mengawal bola banyak membantu corak permainan pasukan.

https://twitter.com/Rxshford7ii/status/1340194579522281475?s=20

Dalam satu temubual, Caicedo mendedahkan beliau mempelajari banyak teknik dengan menonton cara N’Golo Kante dan Paul Pogba bermain dan mempraktikkannya apabila beraksi di atas padang.

Peminat tegar Manchester United

Caicedo mengakui beliau amat meminati Manchester United sejak kecil dan memasang impian untk beraksi bersama kelab Liga Perdana Inggeris tersebut satu hari nanti.

Setakat ini Antonio Valencia menjadi satu-satunya pemain dari Ecuador yang pernah beraksi untuk The Red Devils, adakah beliau bakal menjadi pemain kedua yang menyarung jersi merah ikonik United?

Baca juga artikel kami yang lain mengenai bintang muda Manchester United:

Marc Jurado Tolak Kontrak Dengan Barca, Bakal Sertai Manchester United

Manchester United Sambar Bintang Remaja Norway Isak Hansen-Aaroen

RASMI: Cavani Sah Milik United, Turut Sambar Amad Diallo Dari Atalanta

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN