Moise Kean Balas Provokasi Selepas Jadi Sasaran Perkauman Penyokong Cagliari

Kerjasama Semuanya BOLA

Tindakan bintang muda sedang meningkat Itali, Moise Kean meraikan jaringan dengan gaya mendepakan tangannya di hadapan penyokong Cagliari mengundang kemarahan para penyokong tuan rumah.

Situasi menjadi panas apabila Kean berjaya menjaringkan gol kedua Juventus pada minit ke-85 sekaligus memberikan kemenangan 2-0 ke atas Cagliari pada awal pagi tadi.

Diejek dulu

Kean pada awalnya mula menjadi sasaran ejekan perkauman oleh penonton di Sardinia selepas beliau dilayangkan kad kuning kerana sengaja menjatuhkan badan pada babak pertama.

Ketika perlawanan, pemain berusia 19 tahun itu, beserta rakan senegara dari Perancis, Blaise Matuidi dan pemain Brazil, Alex Sandro menjadi sasaran ejekkan dengan bunyi bising seperti monyet.

CAGLIARI, ITALY – APRIL 02: Moise Kean of Juventus celebrates his goal 0-2 during the Serie A match between Cagliari and Juventus at Sardegna Arena on April 2, 2019 in Cagliari, Italy. (Photo by Enrico Locci/Getty Images)

Tidak patut

Bagaimanapun rakan sepasukan, Leonardo Bonucci membidas tindakan balas Kean yang dianggapnya segaja mencetuskan provokasi.

Bonucci yang turut mencipta nama sebagai penjaring dalam perlawanan ini mendakwa Kean tidak patut membuat provokasi terhadap penyokong tuan rumah dan berpendapat, rakannya itu turut patut dipersalahkan kerana insiden tidak diingini tersebut.

“Kean pasti tahu apabila dia menjaringkan gol, dia patut meraikannya bersama rakan sepasukan. Dia tahu dia mungkin harus melakukannya secara berbeza.”

“Ada ejekan perkauman selepas gol itu (gol kedua), Blaise mendengarnya dan marah. Saya fikir kesalahan 50-50, kerana Moise tidak patut melakukannya dan Curva [penyokong Cagliari] tidak patut bertindak sebegitu,” kata Bonucci kepada Sky Sport Italia.

CAGLIARI, ITALY – APRIL 02: Leonardo Bonucci of Juventus celebrates his goal 0-1 during the Serie A match between Cagliari and Juventus at Sardegna Arena on April 2, 2019 in Cagliari, Italy. (Photo by Enrico Locci/Getty Images)

Sikap profesional

Bonucci tidak menyalahkan Kean sepenuhnya. Namun sebagai seorang pemain, Bonucci menasihatkannya supaya sentiasa bersikap profesional dan menjadi contoh kepada orang di sekeliling.

“Kami pemain profesional, kami patut menjadi contoh dan tidak membuat provokasi kepada sesiapa.”

Penyokong Cagliari juga dilihat melontar objek ke arah Kean, menyebabkan pengadil terpaksa menghentikan perlawanan buat beberapa ketika dan terpaksa diredakan menggunakan pembesar suara stadium.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply