Modric Cabar Odegaard Rebut Tempat Kesebelasan Utama Real Madrid

Modric Odegaard

Perancang kreatif Real Madrid, Luka Modric mencabar rakan sepasukannya, Martin Odegaard supaya bekerja keras bagi merebut tempat di kesebelasan utama sekali gus memenangi hati pengurus pasukan, Zinedine Zidane.

Odegaard yang menyinar ketika dipinjamkan ke Real Sociedad pada musim lalu kelihatan bergelut untuk mendapatkan minit permainan di Real Madrid apabila beliau hanya mampu beraksi selama 232 minit setelah aksi liga memasuki 18 perlawanan liga setakat ini.

Sebelum ini, pemain kelahiran Norway itu turut terlepas lima perlawanan termasuk aksi bertemu Barcelona berikutan kecederaan betis dan otot yang dialaminya.

Beliau berkemungkinan akan diberikan peluang beraksi apabila Los Blancos akan bertemu kelab kerdil, Alcoyano dalam saingan Copa Del Rey pada 21 Januari nanti. Sehubungan dengan itu, Modrid mahu Odegaard menggunakan kesempatan terhidang bagi membuktikan kehebatannya.

”Saya sangat menyukai Odegaard sebagai pemain dan seorang rakan,” ujar Modric menurut laporan yang dikeluarkan Goal.

”Nasihat yang boleh saya berikan kepadanya ialah untuk terus bekerja keras dan merebut tempat di pasukan ini. Apabila sudah diberikan peluang untuk beraksi, dia mesti membuktikan mengapa dia berada di sini, untuk melakukan perbezaan berbanding orang lain dan membantu pasukan.”

”Ia merupakan keputusan daripada jurulatih [Zinedine Zidane], di sini apabila anda diberikan kesempatan untuk bermain, anda perlu memberikan yang terbaik dan tiada perkara lain perlu dilakukan.”

”Tidak melakukan penggiliran pemain adalah keputusan jurulatih, anda tidak perlu memikirkan alasan lain untuk perkara ini,” tambah Modric lagi.

Kembalinya ke Real Madrid, Odegaard masih belum mampu menjaringkan sebarang jaringan dan tiada bantuan gol dapat diciptanya.

Kredit featured image: Diego Souto/Quality Sport Images/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Modric dan Odegaard:

Modric Anggap Lebih Berhak Untuk FIFA Best Berbanding Ronaldo & Messi Musim Ini

Staf Kejurulatihan Real Sociedad Kagum Dengan Disiplin dan Tahap Kecergasan Odegaard

Sesi ‘Pembelajaran’ Dah Tamat, Martin Odegaard Kembali Ke Real Madrid

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN