Mo Salah Akan Diangkat Sebagai Legenda Liverpool Jika Juarai Champions League

Mohamed Salah

Bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher menyifatkan bahawa Mohamed Salah mampu menjadi legenda The Reds jika beliau berjaya membantu pasukan itu menewaskan Real Madrid sekaligus merangkul kejuaraan trofi Liga Juara-Juara Eropah pada musim ini.

Liverpool berjaya melangkah ke pentas akhir Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama sejak 2007 selepas menyingkirkan AS Roma di peringkat separuh akhir dengan kemenangan agregat 7-6.

Mohamed Salah antara pemain yang paling berpengaruh membantu Liverpool mara ke peringkat akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Beliau berjaya mencetak dua gol pada perlawanan pertama dan membantu The Reds mencatatkan kemenangan 5-2 di Anfield 24 April lalu.

Setakat ini, Salah telah berjaya menghasilkan 45 gol dalam 52 penampilannya dan merangkul pelbagai anugerah bersama Liverpool.

(Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Sejak berpindah ke England dari Roma pada musim panas lalu, pemain berusia 25 tahun itu ternyata tampil dengan aksi berlainan berbanding ketika menyarung jersi Chelsea di antara tahun 2013 dan 2015.

Prestasi cemerlang pemain kelahiran Mesir ini membuatkan Carragher menyifatkan bahawa kehadiran Salah di Anfield telah banyak memberi kesan yang mendalam buat skuad tersebut.

Malah, Carragher juga beranggapan bahawa Salah jauh lebih hebat dari dua penyerang yang pernah dimiliki The Reds sebelum ini, iaitu Fernando Torres dan Luis Suarez.

Satu temubual bersama Carragher yang dipetik dari Goal.com, beliau sebagai berkata,” Hal ini sukar untuk dipercayai, banyak rekod berjaya dipecahkan oleh Salah sejak menyertai Liverpool.”

“Terdapat begitu banyak statistik baru mengenai dia (Salah), setiap minggu dilakukanya. Salah juga sudah memecah rekod dari tahun 1930-an dan 1940-an!”

Tambahnya lagi, “Ramai orang disini sedang membandingkan kehebatan Salah dengan dua penyerang terbaik Liverpool sebelum ini, tetapi bagi saya dia (Salah) seorang pemain yang menakjubkan.”

“Apa yang membezakan dia (Salah) dengan Luis Suarez, Salah berjaya menjaringkan gol di setiap perlawanan besar.”

“Suarez dan Torres mungkin pemain yang lebih baik sepanjang musim bersama Liverpool, tetapi Salah hanya memerlukan satu musim untuk mencipta sejarah di Liverpool.”

“Apabila kami memiliki Suarez dan Torres dahulu, kami fikir mereka berdua adalah pemain yang hebat.”

”Tetapi apabila mereka meninggalkan kelab, mereka hanya membawa nama sebagai pemain hebat di Liverpool tetapi gagal mengulanginya bersama pasukan lain.”

(Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Carragher turut membandingkan kehebatan Salah dengan penyerang-penyerang yang sedang dimiliki pasukan lain.

“Pasukan lain boleh memiliki penyerang yang mampu mencipta hattrik atau menjaringkan lebih dari 4 gol dalam satu perlawanan. Tetapi selepas itu mereka gagal mencetak gol dalam lima perlawanan berikutnya. Tetapi Salah lain, hampir setiap perlawanan dia berjaya mencetak gol.”

Mohamed Salah telah membantu Liverpool layak sehingga ke peringkat terakhir ini dan jika Liverpool berjaya menjuarai Liga Juara-Juara Eropah, Mohamed Salah pastinya akan diangkat sebagai lagenda Liverpool.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN