MLS: Kenali Beberapa Derbi Yang Menjadi Tumpuan Di Amerika Syarikat

Menjelang aksi final MLS Cup yang akan berlangsung pada hujung minggu ini, kami membawakan anda kisah derbi atau pertemuan setempat di liga ini.

Peminat sukan di Amerika Syarikat bukanlah tidak biasa dengan perseteruan setempat sebegini. Malah, dalam liga sukan seperti besbol dan hoki ais pun sudah ada.

Cuma MLS sahaja yang baru mekar dan masih hijau.

Texas Derby

Negeri Texas mempunyai dua wakil dalam saingan MLS. Iaitu Houston Dynamo dan FC Dallas. Derbi ini lahir pada 2006 gara-gara perpindahan pasukan Dynamo ke Texas.

Asalnya, Dynamo dikenali sebagai San Jose Earthquakes dan perpindahan itu memaksa nama tersebut ditukar.

Menariknya, sebuah replika meriam abad ke-18 akan diberikan kepada salah satu pasukan yang memenangi perlawanan terkini antara mereka. Ia lebih daripada kebiasaan dengan memberikan piala.

California Clasico

California Clasico antara Earthquakes dengan Galaxy. Sumber: Berita Prediksi Bola.

Sepanjang sejarah MLS, negeri California mempunyai 4 kelab yang berpangkalan di negeri tersebut. Cuma, pertemuan antara Los Angeles Galaxy dengan San Jose Earthquakes yang dipandang tinggi.

Galaxy merupakan kelab yang berpangkalan di selatan California manakala Earthquakes berkedudukan di utara negeri tersebut.

California Clasico menawarkan trofi khas kepada pasukan yang memenangi agregat gol selepas tamat sesebuah musim MLS. Earthquakes memenanginya kali terakhir pada 2017 manakala Galaxy kali terakhir menjulang trofi tersebut pada 2016.

401 Derby

Berasal dari Kanada, tapi bermain di liga negara jiran. Sumber: Pro Sodder USA.

Dua kelab Kanada mempunyai perseteruan yang panas iaitu Montreal Impact dan Toronto. Nama 401 Derby itu diambil sempena Lebuhraya 401 yang mengubungkan dua bandar raya tersebut.

Perseteruan kedua kelab ini dipercayai berakar sewaktu zaman North American Soccer League (NASL) yang asal. Walaupun kelab NASL tiada perkaitan terus dengan kelab MLS, ia masih meninggalkan sisa-sisa sehingga hari ini.

Mengikut rekod perlawanan kompetitif, 20 perlawanan dimenangi oleh Toronto berbanding Impact yang hanya memenangi 12 kali. Derbi ini secara rasmi lahir di MLS pada 2012 setelah Impact menyertai liga tersebut.

Hudson River Derby

Hudson River Derby yang hangat. Sumber: Blue HQ Media.

Hudson River merupakan sebatang sungai yang mengalir di New York. Tidak hairanlah namanya diabadikan dalam pertemuan panas antara New York Red Bulls dengan New York City.

Walaupun ia lahir pada 2015, pertemuan kedua-dua kelab ini tidak pernah sunyi dari aura kontroversi. Jika anda masih ingat, sehelai kain rentang dibuat khas untuk penyokong Red Bulls kepada penyokong City,

Red Bulls mempunyai rekod kemenangan dalam pertemuan antara dua kelab ini sama ada dalam MLS dan US Open Cup. Red Bulls mengutip 8 kemenangan daripada 14 pertemuan sebelum ini.

Timbers – Sounders

Dua musuh lama berentap. Sumber: SBI Soccer.

Sebenarnya nama Portland Timbers dan Seattle Sounders merupakan gergasi dalam sejarah bola sepak di negara Amerika Syarikat. Kedua-dua pasukan ini beradu dalam pelbagai liga sejak 1975 lagi.

Pertemuan berjiran dua kota raya ini masih diteruskan dalam MLS. Dan menariknya, ia diiktiraf sebagai derbi paling semulajadi disebabkan sejarah yang panjang serta mempunyai penyokong yang setia.

Kedua-dua kelab ini bersaing merebut Cascadia Cup. Vancouver Whitecaps juga menjadi pesaing untuk merebut trofi ini disebabkan jarak antara ketiga-tiga kelab ini dekat. Tetapi, pertemuan dua kelab ini tetap menjadi tumpuan peminat bola sepak di negara tersebut.

Ada juga lain

Selain itu ada beberapa juga derbi lain dalam MLS:

  • Rocky Mountain Cup (Colorado Rapids – Real Salt Lake)
  • Atlantic Cup (New York Red Bulls – DC United)
  • Brimstone Cup (FC Dallas – Chicago Fire)
  • El Trafico (Los Angeles Galaxy – Los Angeles FC)

Musim hadapan, MLS akan menerima ahli baru iaitu FC Cincinnati. Kemudiannya Nashville dan Inter Miami akan menyertai liga ini. Adakah akan ada derbi baru yang dibentuk?

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN