4 Cara AFC Wimbledon Layan Kelab ‘Pembunuh’ Wimbledon FC Iaitu MK Dons

MK Dons telah diiktiraf sebagai musuh sejati oleh AFC Wimbledon.

Sekiranya ada pembaca kami masih belum tahu punca masalah ini. Ianya bermula Pada 2000, ketika Wimbledon tersingkir dari EPL.

Pemilik baru kelab mereka telah memindahkan kelab bersejarah Wimbledon FC dari Selatan London ke Buckhinghamshire.

Lembaga kelab memutuskan untuk mencipta kelab baru dengan nama Milton Keynes Dons F.C. (MK Dons).

Penyokong mereka sangat kecewa dan  mulai membina kelab mereka sendiri iaitu AFC Wimbledon. Ianya hasil berkat usaha mereka, hari ini mereka beraksi di EFL League 1.

AFC Wimbledon vs MK Dons

Banyak perang saraf dalam dunia bola sepak. Tapi, perang saraf kali ini amat menyakitkan!

Ejek pasukan lawan di laman sosial? Terlalu ‘mainstream’. Tetapi ini cara AFC Wimbledon memalukan seteru mereka.

Tak lain tak bukan MK Dons!

1. Keselamatan

Jumlah petugas keselamatan telah ditambah dalam perlawanan ini. Ia sebagai langkah untuk berjaga-jaga, takut ada perkara tidak diingini berlaku.

2. Maaf, Dons itu bukan milik anda

Dons adalah gelaran untuk Wimbledon selain daripada Womble. Dons itu sendiri daripada suku kata terakhir Wimbledon.

Ketika MK Dons mewujudkan kelab baru, mereka menggunakan nama MK Dons untuk mengingati asas kepada penubuhan kelab tersebut daripada Wimbledon FC yang sudah lenyap pada hari ini.

Malam kelmarin, AFC Wimbledon menjadi hos perlawanan League One menentang MK Dons. Pengurusan AFC Wimbledon sengaja tidak menulis ‘Dons’ pada papan skor!

 

3. Program hari perlawanan ‘istimewa’

 

‘Matchday programme’ perlawanan ini disengajakan tidak ditulis perlawanan menentang MK Dons.

Tiada nama kelab pelawat! Tiada logo kelab pelawat!

Jarang anda lihat program pada hari perlawanan yang tidak ada nama pasukan pelawat.

Pasti pedih buat penyokong MK Dons yang ke Kingsmeadow pada perlawanan tersebut.

4. ‘Pengkhianat’ bukan VIP

Pengerusi MK Dons, Pete Winkelman tidak dibenarkan menonton di ‘corporate section’ di Kingsmeadow! Pete terpaksa duduk bersama penyokong kelabnya.

Nampak jelas isyarat bahawa penyokong Wimbledon tidak memaafkan pengkhianatan Pete. Masakan tidak, beliau salah satu individu yang terlibat dalam penjenaman semula kelab asal kepada MK Dons!

Namun begitu, pengurus MK Dons, Robbie Neilson memberitahu pemainnya amat menghargai sokongan pengerusi kelab itu.

Perang yang berhasil

Jake Reeves menjaringkan gol pertama untuk AFC Wimbledon pada minit ke-62.

6 minit berselang, Lyle Taylor menambah derita pelawat dengan gol kedua.

Wimbledon kini berada di tangga ke-12 League One dengan 50 mata selepas 37 perlawanan. MK Dons hanya berada di tangga ke-17 dalam carta dengan mengutip 44 mata.

Namun, adakah permusuhan dua kelab ini akan berterusan lagi? Perjalanan liga masih jauh, tetap ada potensi dua-dua kelab ini akan tidak bertembung lagi pada musim hadapan.

Biasalah, liga Inggeris, mana yang bagus akan naik divisyen. Mana yang hambar, dihumban ke bawah.

Baca juga: Senarai 5 Kelab Yang Sudah Lenyap Dari Landskap Bola Sepak Hari Ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN