Misi 93 Demi Pesakit Kanser Prostat! Ed Wood Selesaikan Misi Dan Diiktiraf Guinness

Misi 93 selesai! Masihkah anda ingat seorang lelaki bernama Ed Wood yang mengelilingi England untuk menonton perlawanan bola sepak?

Selepas 22,000 batu dan 189 hari, Ed Wood berjaya memecahkan rekod dunia!

Sekiranya anda tidak tahu 

Sebelum ini Ed Wood, dari Leeds dalam percubaan memecahkan rekod untuk menghadiri setiap perlawanan liga Inggeris di setiap stadium dalam masa paling cepat.

Beliau juga mengumpul dana untuk disumbangkan kepada Prostate Canser UK.

Rekod sebelum ini dipegang oleh Ken Ferris yang menghabiskan 237 hari mengelilingi England pada musim 1994/95.

Sebenarnya, Ed Wood sendiri telah melakukannya pada 1992 dalam tempoh 243 hari.

Ini bermakna, beliau mahu menebus semula rekod yang telah terpadam itu! Jika berjaya, rekod ini akan dikemaskini dalam buku Guinness World Records!

Stadium ke-93

Crown Oil Arena, di mana Rochdale beraksi menjadi saksi kepada kejayaan ini! Ketika ini, Rochdale bermain di League One.

Bercakap kepada BBC, Ed Wood berkata:

“Pengembaraan ini memerlukan persiapan rapi. Antaranya beberapa perlawanan League One dan League Two mengalami perubahan. Sudah pasti perlawanan itu akan diadakan sama ada Sabtu atau Selasa.”

Kegagalan lampau

Sebelum ini beliau pernah melakukannya pada sebelum musim 1991-92. Namun rekod itu dicantas beberapa tahun kemudian. Akhirnya, beliau melakukan semula dan berjaya!

Pengalaman menarik

Seorang lelaki memberikan pas semusim ketika Tottenham menewaskan Chelsea, 2-0. Lelaki bernama Colin Thurlbourn menghubunginya di Twitter dan memaklukan semua urusan akan diselesaikan.

Bapa Colin mengalami kanser prostat. Kebetulan, selain mengelilingi England, Ed Wood mengutip derma untuk Prostate Cancer UK.

Peristiwa lucu

Ed menuju ke Berwick untuk menonton perlawanan antara pasukan tersebut menentang Cowdenbeath.

Dua pemain tuan rumah dilayang kad merah malah pergaduhan sesama pemain berlaku.

Ia disaksikan cuma 454 penonton. Malah 50 daripadanya baru saja pulang menghadiri sebuah parti.

Stadium yang terbaik bagi Ed Wood?

Sudah pasti IPro Stadium di mana Derby County bermain. Beliau merupakan penyokong Rams.

Tampak bermakna The Rams menewaskan seteru mereka, Nottingham Forest 3 gol tanpa balas.

Dari stadium ke stadium lain?

Satu peristiwa menarik telah berlaku.

Jarak dari stadium Mansfield Town (Field Mill) ke Notts County (Meadow Lane) bezanya 17 batu. Perlawanan Mansfield tamat pada jam 2.05 petang.

Ed berkejar ke Meadow Lane dengan bantuan seorang lelaki bernama Dean Riley. Dengan bantuan Dean, mereka meredah kesesakan di antara dua stadium tersebut.

Mujurlah, Ed tiba 10 minit sebelum sepak mula di Meadow Lane.

Memori tercipta

Doug Male dari Guinness World Records menyifatkan ia satu kejayaan yang sangat menakjubkan.

Pengiktirafan ini sudah pasti akan membantu Wood dalam publisiti kempen murni beliau.

Tambah Doug, semakan jadual perlawanan amat memberikan cabaran dari sudut logistik kepada Ed. Malah, pengiraan jarak laluan untuk kesemua 93 stadium tidak boleh dipandang remeh.

Ada tak pembaca semuanyaBOLA mahu melakukan aktiviti seperti ini? Boleh la tulis pengalaman anda untuk kami!

Baca juga: Apakah Sebab Lelaki Ini Mengelilingi England Dalam Masa 100 Hari?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN