Miroslav Klose Kini Penolong Jurulatih Bayern Munich

Miroslav Klose

Kelab Bundesliga, Bayern Munich mengesahkan pemegang rekod penjaring terbanyak Piala Dunia, Miroslav Klose telah menandatangani kontrak setahun sebagai penolong jurulatih di kelab tersebut bagi membantu pengurus, Hansi Flick.

Klose yang menjuarai Piala Dunia bersama Jerman pada 2014 serta menjaringkan 16 gol dalam empat edisi kejohanan tersebut sebelum ini telah pun menjadi jurulatih pasukan remaja Bayern selama dua tahun selepas bersara sebagai pemain pada 2016.

“Kami telah mengenali antara satu sama lain semenjak kami bersama skuad kebangsaan dan kami sememangnya mempunyai keserasian untuk bekerja secara profesional,” kata Klose dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman web rasmi kelab.

“Pada saya, ini adalah langkah seterusnya dalam karier saya sebagai jurulatih,” katanya.

Flick merupakan penolong jurulatih ketika Jerman menjuarai Piala Dunia enam tahun lalu dan Klose mencatat rekod sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam kejohanan tersebut.

Klose merupakan kelahiran wilayah Silesia, Poland. Ibu bapanya merupakan atlit di negara tersebut telah berhijrah ke Jerman dan bakat Klose dibentuk sejak kecil bermula dengan sebuah ‘pasukan kampung’, SG Blaubach-Diedelkof.

Karier profesionalnya berkembang sewaktu beraksi untuk Kaiserslautern sebelum berhijrah ke Werder Bremen dan Bayern Munich. Beliau akhirnya menamatkan kariernya di kelab Itali, Lazio.

Sepanjang kariernya, penyerang prolifik ini telah menjaringkan 213 gol daripada 529 perlawanan kompetitif. Beliau juga adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Jerman setakat ini dengan 71 gol daripada 137 perlawanan.

Kredit Foto: FC Bayern

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Miroslav Klose dan Bayern Munich:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN