Minggu Lepas Advocaat Kata Mustahil Sweden Menang 8-0, Tetapi Ianya Benar Berlaku!

Suratan ataupun kebetulan, apabila minggu lepas pengurus Belanda, Dick Advocaat memberikan perbandingan bahawa Sweden tidak mungkin akan menang 8-0 ke atas Luxembourg.

Advocaat berkata demikian selepas ditanya tentang kenapa Belanda sukar untuk melepasi kumpulan ini?

Beliau memberitahu dalam satu temu ramah dengan wartawan sukan di Belanda, saingan kumpulan A bukan sahaja melibatkan Perancis, Sweden dan Belanda, malah kualiti pasukan lain juga harus di ambil kira.

Belanda yang sebelum ini mengalahkan Luxembourg 5-0. Beliau memberitahu, mustahil untuk mana-mana pasukan lagi menang besar dengan Luxembourg selepas pasukan tersebut seri 0-0 dengan Perancis bulan lalu.

Wartawan kemudian mencadangkan agar Belanda bermain lebih ofensif untuk memastikan mereka ada kelebihan perbezaan jaringan dalam kumpulan ini. Advocaat dengan nada agak sinis berkata:

“Saya rasa ramai yang mengeluarkan kesimpulan melulu dan salah. Paling penting adalah menang dan bukannya jumlah gol yang banyak.”

“Anda semua ingat menang 3-1 ke atas Bulgaria itu tidak cukup bagus? Saya tak faham. Itu adalah keputusan yang baik sekali.”

“Anda ingat senang ke nak menang 4-0, 5-0? Apa yang anda jangkakan selepas ini? Sweden menang 8-0 ke atas Luxembourg? Apakah bodoh soalan seperti itu. 8-0? Biar betul! Saya tak percaya itu akan berlaku.”

“Saya tak rasa yang saya perlu mengambil risiko jika Sweden di hadapan kami dengan gol yang banyak. Itu silap konsep jika anda mahukan kami lebih menyerang dan menjaringkan banyak gol.”

Tetapi apa yang menarik Sweden benar-benar menang 8-0 ke atas Luxembourg dan Belanda bergelut dengan prestasi mereka sekali lagi ketika menentang Belarus.

via GIPHY

Belanda pula hampir gagal menang dalam perlawanan menentang Belarus. Mujurlah mereka menang, 3-1 dengan 2 gol di minit akhir.

Dan akhirnya wartawan betul, bahawa kumpulan ini perlu mementingkan aspek jaringan besar ke atas pasukan yang dianggap kecil.

Kini perlawanan terakhir Belanda secara matematiknya sudah tersingkir kerana perbezaan jaringan yang sangat besar. Hanya keajaiban yang akan membantu mereka mara.

Mungkin selepas ini mereka berharap Dick Advocaat berkata, mustahil untuk Belanda menang 8 gol perlawanan terakhir dan Sweden tewas.

Dan secara matematiknya pula, ini adalah kali kedua berturut-turut selepas kali terakhir mara pada Piala Dunia 2014 di bawah kendalian Louis Van Gaal.

Sumber

VI – https://www.vi.nl/nieuws/advocaat-wil-doelpuntennood-oranje-niet-overdrijven#_=_

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN