Milan 3 Empoli 0: Piatek Terus Meledak Gol, Ini Beberapa Statistik Tentang Beliau

Jika anda melihat jadual melibatkan AC Milan, anda pastinya mahu tahu sama ada Krzysztof Piątek akan terus menjaringkan gol ataupun tidak. Buat masa ini, Piatek terus menjawab ‘Ya’.

Semalam, AC Milan menewaskan Empoli 3-0 dan Krzysztof Piątek salah seorang daripada penjaring gol dalam aksi tersebut.

https://twitter.com/EboAA1/status/1099048873677541377

Berikut adalah 5 statistik daripada aksi Piatek setakat ini.

1. Sumbat 7 gol daripada 6 perlawanan

Krzysztof Piątek memulakan karier beliau bersama AC Milan dengan sangat cemerlang. Beliau menjaringkan 7 gol daripada 6 perlawanan pertama beliau.

https://twitter.com/pmkrsculture/status/1099055537809952768

2. Sudah 18 gol Serie A

Hingga setakat ini, Krzysztof Piątek sudah menjaringkan 18 dalam Serie A untuk musim 2018/19. Beliau hanya dibezakan 1 gol daripada Cristiano Ronaldo.

Secara purata, Piatek menjaringkan 1 gol untuk setiap 106 minit. Sebagai perbandingan, Cristiano Ronaldo melakukan 1 gol untuk setiap 108 minit.

3. Ratio 0.96 gol per perlawanan

Statistik gol beliau setakat ini menjadikan beliau sebagai penjaring kedua tertinggi ratio gol per perlawanan. Hanya Lionel Messi lebih baik daripada Krzysztof Piątek.

Piatek berada di atas Kylian Mbappe, Robert Lewandowski dan Sergio Aguero.

4. Meledak dalam 5 berturut-turut
BERGAMO, ITALY – FEBRUARY 16: Krzysztof Piatek of AC Milan celebrates his second goal during the Serie A match between Atalanta BC and AC Milan at Stadio Atleti Azzurri d’Italia on February 16, 2019 in Bergamo, Italy. (Photo by Marco Luzzani/Getty Images)

Piatek kini sudah menjaringkan gol dalam 5 perlawanan berturut-turut dalam semua kompetisi. Beliau membantu AC Milan untuk terus berada dalam 4 teratas, memberikan tekanan kepada – jiran dan seteru perit mereka – Inter Milan.

5. Harapan UCL

Jika Piatek meneruskan aksi cemerlang beliau di hadapan gol, AC Milan kini berpeluang cerah untuk kembali semula ke UCL. Milan masih kemarau aksi UCL selama 5 tahun berturut-turut buat masa ini.

Secara tak langsung kehadiran Piatek dan Paqueta setakat ini benar-benar memberikan impak.

Rumusan

AC Milan melakukan perpindahan yang sangat baik pada Januari lalu. Piatek memiliki ratio gol yang sangat baik di Genoa dan beliau kelihatan sangat menjadi di AC Milan.

Gattuso pernah menyatakan: “Piatek ini seperti robocop, beliau jenis tak banyak cakap. Yang dia tahu; ‘saya nak jaringkan gol, saya nak jaringkan gol’.”

https://twitter.com/IFTVofficial/status/1089223808706170886

Kami tinggalkan anda dengan keraian si Gunslinger.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN