Mikel Arteta: ‘Wajah’ Pasukan Semakin Bertambah Baik

Mikel Arteta

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui kemenangan 1-0 ke atas Brighton pada awal pagi tadi membuatkan keadaannya pasukannya berada dalam keadaan lebih baik setelah The Gunners melonjak ke tangga ke-13.

Jaringan kemenangan Arsenal menjelma pada minit ke-66 menerusi Alexandre Lacazette ketika tidak sampai 30 saat beliau dimasukkan.

Ia juga merupakan kemenangan kedua berturut-turut dilakarkan selepas mereka mencatatkan kemenangan penting pada pertemuan bertemu Chelsea tempoh hari di laman sendiri.

Keadaan itu sudah pasti meredakan tekanan hebat yang sebelum ini terpaksa dihadapi Arteta dan anak buahnya dengan pelbagai kritikan dilemparkan terhadap kelab dari London Utara ini.

Arteta juga tanpa berselindung melihat kemenangan ke atas Chelsea telah meningkatkan moral pasukannya untuk meraih satu lagi kemenangan penting dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

”Kami tahu bahawa kami bergelut dengan keputusan ini. Fakta yang jelas kemenangan bertemu Chelsea merupakan dorongan yang cukup kuat membantu kami untuk terus mencatatkan kemenangan.”

”Untuk datang ke sini dan mendapatkan kemenangan adalah sesuatu yang sangat penting,” ujar Arteta menurut laporan Goal.

”Saya berbangga dengan anak buah saya dan gembira dengan keputusan ini. Lacazette berada dalam keadaan yang baik. Dia penuh dengan keyakinan.”

”Kami mahu membuat perubahan terhadap pasukan ini dalam separuh masa kedua dan memberikan lebih kesegaran.”

”Kami tidak mengancam lawan dari beberapa kawasan. Pada separuh masa kedua, kami kelihatan lebih yakin dan bermain dengan lebih ke depan [menyerang].”

”Ubat yang terbaik ialah kemenangan. Ia dalam dunia dan cerita yang berbeza. ‘Wajah’ pasukan pada ketika ini kelihatan lebih baik,” tambah Mikel Arteta lagi.

Arsenal berpeluang untuk terus memperbaiki kedudukan dan mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut apabila dijadualkan bertemu West Bromwich Albion pada aksi hujung minggu ini di The Hawthorns.

Kredit featured image: Neil Hall – Pool/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Arsenal:

2 Pemain Yang Perlu Arteta Beli Januari Ini Untuk Pulihkan Arsenal

David Seaman: Arsenal Perlu Dapatkan Dana Cari Pemain Lebih Berkualiti

Selepas Arsenal Teruk Dibelasah City, Guardiola Kata Silap Besar Jika Arteta Dipecat

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN