Mikel Arteta Tak Gentar Dengan Kritikan ‘Pedas’ Pelbagai Pihak

Mikel Arteta

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui yang dirinya tidak gentar dengan sebarang kritikan yang diterimanya dari pihak luar.

Sebaliknya, beliau menyedari yang diri dan pasukannya sering saja menjadi bahan kritikan penyokong dan pihak lawan.

Tetapi dirinya tetap positif menghadapi cabaran.

“Kami mempunyai banyak nilai positif dan tenaga dan fokus saya tertumpu untuk kalahkan Chelsea.”

“Saya tahu orang cuba untuk ‘kuburkan’ kami, kritik kami,” kata Arteta menerusi News Straits Times.

Arteta kini berjaya menguatkan skuadnya dengan menambah Aaron Ramsdale untuk menjadi pencabar Bernd Leno di pintu gol sambil kepulangan semula perancang Martin Odegaard.

Perpindahan yang dilakukan terhadap dua pemain muda ini memberikan isyarat jelas yang Arteta mahu membina pasukan yang berteraskan pemain muda dan bersifat jangka panjang.

“Kami sedang cuba mencari jalan yang baik untuk memastikan kelab semakin stabil. Ianya jelas apakah corak perniagaan yang kami cuba lakukan.”

“Ramai pemain yang berusia 21 dan 23 tahun [di dalam skuad] dan ianya menunjukkan kepada anda projek yang kami sedang lakukan.”

Arsenal memulakan musim 2021/22 Premier League dengan nota kekalahan dengan beberapa pemain dicemuh diatas prestasi kurang memberangsangkan.

Terutamanya pemain pertahanan iaitu Ben White yang dibeli dengan nilai yang mahal sebaliknya mudah dibuli oleh Ican Toney dan rakan-rakan Brentfordnya tempoh hari.

Kini berhadapan dengan Chelsea, satu lagi cabaran getir apabila juara Eropah itu baru saja diperkuat dengan Romelu Lukaku.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply