Mikel Arteta Tak Faham Satu Perkara Selepas Kalah Kepada Leicester

Kerjasama Semuanya BOLA

Mikel Arteta

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta meluahkan rasa bingungnya apabila melihat jaringan Alexandre Lacazette yang dibatalkan pada perlawanan bertemu Leicester City, awal pagi tadi.

Jaringan seawal minit keempat dihasilkan pemain skuad kebangsaan Perancis itu terpaksa dibatalkan selepas pemain tengah, Granit Xhaka terlebih dahulu dikesan ofsaid.

Sudahlah hampa dengan jaringan terpaksa dibatalkan, Jamie Vardy yang masuk pada minit ke-60 pula menjadi watak penting dalam mengecewakan The Gunners apabila beliau berjaya memecah kebuntuan berselang 20 minit kemudian untuk sekali gus menghadiahkan kemenangan buat Leicester City pada aksi di Emirates Stadium itu.

Sehubungan dengan itu, Arteta mengakui beliau sememangnya kecewa dengan keadaan tersebut dan jelas tidak memahami apa sebenarnya yang berlaku pada awal permainan itu.

”Saya benar-benar kecewa, kami telah berjaya melakukannya pada separuh masa pertama dan saya tidak tahu mengapa jaringan itu tidak dibenarkan.”

”Mereka memerangkap kami dengan ruang di bahagian belakang dan pada ketika itu kami tewas perlawanan ini,” ujar Arteta menurut laporan Goal.

”Amat sukar untuk mencipta ruang dengan 10 pemain mereka berada di belakang bola, tetapi kami seharusnya menamatkan perlawanan ini dengan lebih baik.”

”Kami masih mempunyai beberapa situasi selepas jaringan itu tetapi kami memberikan terlalu banyak sepakan percuma.”

”Usaha yang dilakukan para pemain dan tekanan diberikan oleh Leicester kepada anda, bukan merupakan perkara yang mudah untuk dilakukan tetapi kami perlu untuk memperbaiki prestasi.”

Kekalahan itu menyaksikan Arsenal kini menghuni tangga ke-10 selepas mengumpul sembilan mata hasil tiga kemenangan dan tiga kekalahan selepas mengharungi enam perlawanan setakat ini.

Kredit featured image: Marc Atkins/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Mikel Arteta:

Mikel Arteta: Aubameyang Perlu Kekal Untuk Sebaris Legenda Arsenal

Mikel Arteta Tak Pasti Adakah Arsenal Kini Kembali Menyengat

Mikel Arteta Dedah Kegagalan Pertamanya Di Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram