Mikel Arteta Kecewa Isu Pergaduhan Ceballos-Luiz ‘Kantoi’ Di Media

Kerjasama Semuanya BOLA

Mikel Arteta

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta meluahkan rasa kecewannya terhadap apa yang berlaku melibatkan dua pemainnya ketika ini.

Sebelum ini, dua pemain Arsenal iaitu Dani Ceballos dan David Luiz dilihat mengalami pergaduhan ketika sesi latihan.

Perkara itu berjaya ditutup oleh pihak kelab namun begitu ianya berjaya sampai ke pengetahuan umum dan kini telah sampai ke pengetahuan ramai orang.

Menurut The Guardian, Arteta kini mahu mencari siapakah dalang yang menjadi punca berita ini tersebar.

“Saya tidak sukakannya dan saya akan cari dari mana puncanya.”

“Perkara ini jelas sekali bertentangan dengan apa yang saya jangkakan daripada mereka semua, privasi dan sulit yang kami perlukan [sebagai satu pasukan]. Akan ada kesannya nanti.”

Isu ini tersebar selepas laporan dari The Athletic yang mendedahkan perkara ini seminggu selepas insiden itu berlaku.

Luiz dikatakan menerima cabaran keras dari Ceballos ketika sesi latihan, pemain pertahanan itu kemudiannya menyerang hidung rekrut pinjaman Arsenal dari Real Madrid itu sebagai tanda reaksi.

Ceballos di Twitter kemudiannya menafikannya dengan mengatakan apa yang berlaku itu adalah palsu.

Walaupun Ceballos menafikan perkara tersebut, tetapi penyokong Arsenal mempercayai perkara itu kerana individu yang mendedahkan berita tersebut adalah David Ornstein.

Ornstein merupakan koresponden The Ahtletic bagi pasukan Arsenal yang sudah dikenali oleh penyokong mereka untuk bertahun lamanya sejak beliau berkhidmat untuk BBC.

Beliau dianggap sebagai wartawan yang dipercayai ramai penyokong Arsenal apatah lagi apabila ianya melibat berita kelab itu.

Arteta mengatakan isu tersebut sudah diselesaikan secara dalaman oleh pihak yang terlibat.

Baca juga artikela kami mengenai Mikel Arteta:

Mikel Arteta: Arsenal Miliki Masa Depan Yang Cerah

Nicolas Pepe Kecewa Dengan Keputusan Mikel Arteta

Mikel Arteta Tak Faham Satu Perkara Selepas Kalah Kepada Leicester

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram