Mikel Arteta Gusar Arsenal Tiada Duit Untuk Bersaing

Kerjasama Semuanya BOLA

Mikel Arteta

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui mengalami kegusaran mengenai tahap persaingan yang boleh diberikan oleh Arsenal dalam jendela perpindahan.

Beliau mengakui yang dirinya tidak dapat membayangkan sejauh mana Arsenal boleh bersaing dengan pasukan-pasukan yang lebih banyak wang pada musim hadapan.

“Saya tidak tahu, itu merupakan kegusaran,” katanya memetik laporan BBC Sport.

“Kita perlu bina skuad kita sendiri dan ianya bukan berlaku dengan sentuhan magis. Kita perlu bina skuad dengan ramai pemain berkualiti dan skuad yang lebih besar untuk bermain dalam kejohanan ini.”

Tambah Arteta ianya memerlukan sedikit masa lagi sebelum pasukannya benar-benar bersedia untuk bersaing dengan pasukan utama Premier League yang lain.

Tetapi beliau bangga melihat prestasi semasa pasukannya yang kini berada dalam keadaan yang baik.

“Jurang diantara dua pasukan pada hari ini adalah cukup besar.”

“Kita tidak boleh meningkat dalam masa dua bulan, tetapi secara akauntibiliti persaingan itu mula kelihatan seimbang dan saya berbangga dengannya. Selebihnya hanya masa akan tentukan.”

Gol dari Alexandre Lacazette dan Reiss Nelson menumbangkan Liverpool di Emirates semalam.

Ia juga turut menamatkan misi Liverpool untuk menjuarai liga dengan kutipan mata melebihi 100 angka.

Arsenal kini dikaitkan dengan pemain pertahanan muda Malang Sarr yang kontraknya bersama kelab Ligue 1, Nice telah tamat.

Namun begitu masih belum ada tawaran rasmi dari Arsenal untuk pemain itu.

Baca juga artikel kami mengenai Arteta:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram