Mikel Arteta Dedah Kegagalan Pertamanya Di Arsenal

Mikel Arteta

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta tanpa berselindung mengakui beliau bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang telah dihadapi oleh Mesut Ozil sehingga pemain tengah itu langsung tiada dalam perancangan pasukan pada ketika ini.

Ozil hanya boleh beraksi bersama skuad bawah 23 (B-23) Arsenal apabila namanya tiada dalam senarai 25 pemain Arsenal bagi menghadapi kempen Liga Perdana Inggeris serta Liga Europa 2020/21 sementara menunggu kontraknya tamat pada musim hadapan.

Pemain berusia 32 tahun itu juga langsung tidak pernah membuat sebarang penampilan sebaik sahaja ‘Project Restart’ dimulakan susulan wabak COVID-19 yang melanda dunia. Keadaan itu dikhabarkan ada kaitan dengan kelantangan Ozil dalam mengulas isu kemanusiaan sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Arteta menegaskan bahawa dirinya merupakan individu yang bertanggungjawab dalam permasalahan melibatkan Ozil itu.

”Tugas saya adalah untuk mendapatkan yang terbaik buat setiap pemain, untuk menyumbang kepada prestasi baik pasukan,” ujar Arteta menurut laporan dikeluarkan The Guardian.

”Di sini saya merasakan pada ketika ini, bahawa saya telah gagal. Saya mahu berikan Ozil yang terbaik buat pasukan.”

”Dan pada satu keadaan, saya begitu hampir dengan perkara itu dan pada ketika ini saya tidak boleh melakukannya kerana saya telah pun membuat keputusan untuk mengenepikannya daripada skuad ini.”

”Secara jujur, saya bertanggungjawab sepenuhnya. Saya harus memberikan yang terbaik buat para pemain saya. Ia tidak ada kena mengena dengan mana-mana tingkah laku [pemain] atau seperti yang saya baca, isu pemotongan gaji.”

”Ia tidak benar. Ini merupakan keputusan saya , sekiranya ada sesiapa yang mahu untuk menyalahkan saya,” tambah Mikel Arteta lagi.

Kredit featured image: Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Mesut Ozil:

‘Saya Akan Tetap Bersuara Demi Kemanusiaan’ – Ozil Luah Kekecewaan Disisih Arsenal

Mertesacker Beri Sebab Kenapa Arsenal Gugurkan Mesut Ozil

Arsene Wenger ‘Ajar’ Arteta Cara Untuk Guna Pemain Seperti Mesut Ozil

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply