Mikel Arteta Dedah Arsenal Akan Dapatkan Pemain Baharu

Mikel Arteta

Melihatkan kepada apa yang telah berlaku terhadap kem Arsenal pada ketika ini, Mikel Arteta mendedahkan kelab tersebut akan mendapatkan pemain baharu dalam usaha memperbaiki kelemahan ketara dihadapi skuad The Gunners.

Seperti yang sudah pun diketahui umum, Arsenal kini sedang menghadapi permulaan yang cukup buruk dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila sekadar menduduki tangga ke-15 selepas mengharungi 14 perlawanan.

Menurut laporan dikeluarkan Goal, Arteta menjelaskan bahawa Pengarah Teknikal, Edu sudah pun membuat perancangan untuk merekrut tenaga baharu serta turut akan melepaskan pemain yang gagal memberikan sumbangan berkesan.

”Perancangan [untuk membeli dan menjual pemain] telah selesai, berkenaan apa yang kami mahu lakukan pada Januari dan musim panas nanti.”

”Kadang-kadang anda boleh melakukannya, kadang-kadang tidak kerana bergantung kepada banyak faktor,” ujar Arteta bercakap kepada Goal.

”Edu sedang menguruskan hal itu pada ketika ini dan saya pula akan memberikan fokus terhadap setiap perlawanan, kami tidak mempunyai banyak masa untuk menghabiskan tenaga terhadap perkara tersebut kerana sangat jelas apa yang kami mahu lakukan.”

”Tugas saya adalah untuk memanfaatkan sepenuhnya skuad ini, dengan pemain yang kami ada.”

”Kami tahu apa yang kami mahu lakukan dan berusaha untuk melaksanakannya dengan mengetahui bahawa konteks, pasaran dan apa yang kami lalui menjadikannya sukar.”

Jendela perpindahan musim panas lalu menyaksikan Arsenal membawa masuk bekas pemain sayap Chelsea, Willian secara percuma, Gabriel Magalhaes dengan yuran perpindahan £25 juta dari Lille, Thomas Partey [Atletico Madrid] serta membawa masuk dua pemain yang dipinjamkan sebelum ini, Pablo Mari dan Cedric Soares sebagai pembelian tetap.

Kredit featured image: Jon Super – Pool/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Mikel Arteta:

Nacho Monreal: Mikel Arteta Telah Membawa Udara Segar Di Arsenal

Ketumpulan Penyudah Peningkan Kepala Mikel Arteta

Mikel Arteta Tidak Ragu Dengan Kemampuan Anak Buah Untuk Kembali Bangkit

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply