Michael Ballack Beri Cadangan Supaya Bayern Munich Rekrut ‘The Special One’

Ballack

Bekas kapten Jerman, Michael Ballack mencadangkan Bayern Munich supaya membawa masuk Jose Mourinho jika kelab Bavaria itu berazam mahu kembali menguasai kuasa besar bola sepak, khususnya di pentas Eropah.

Menurut Ballack, dengan segala pencapaian yang telah diraih Mourinho bersama kelab-kelab di Eropah, ianya jelas membuktikan bahawa pengurus dari Portugal itu sememangnya layak untuk diiktiraf sebagai yang terbaik.

Mourinho pernah menjuarai Serie A bersama Inter Milan pada musim 2008/09 dan 2009/10, merangkul gelaran liga Sepanyol bersama Real Madrid pada 2011/12 dan tiga trofi Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea. Beliau juga dua kali memenangi gelaran liga Portugal bersama Porto.

MADRID, SPAIN – MAY 22: Jose Mourinho the Inter Milan coach holds the trophy aloft after winning the UEFA Champions League Final match between FC Bayern Muenchen and Inter Milan at the Estadio Santiago Bernabeu on May 22, 2010 in Madrid, Spain. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Sehubungan dengan itu, Ballack percaya Mourinho mampu membawa angin perubahan positif kepada Bayern Munich.

“Ketika ini Niko Kovac adalah ketua dan itu harus dihormati,” jelas Ballack dalam ucapannya yang dipetik menerusi Goal.

MUNICH, GERMANY – APRIL 12: (EXCLUSIVE COVERAGE) Team coach Niko Kovac (R) and assistent coach and brother Robert Kovac of FC Bayern Muenchen chat during a training session at the club’s Saebener Strasse training ground on April 12, 2019 in Munich, Germany. (Photo by A. Beier/Getty Images for FC Bayern)

“Dia telah melakukan pekerjaan dengan baik. Tetapi orang tidak dapat menyangkal bahawa, pada titik tertentu di masa hadapan, dimana menunjukkan bahawa Mourinho akan membawa perubahan tertentu bagi kelab dan Bundesliga.”

“Dengan pengurus seperti Mourinho, mungkin lebih mudah bagi kelab untuk mendapatkan bintang-bintang terbaik dunia. Ketika ini, Bundesliga tidak memiliki daya tarikan yang sama untuk pemain kelas dunia seperti Liga Inggeris (EPL). Tetapi Bayern tetap akan disarankan untuk memiliki pemain kelas dunia dalam pasukan mereka.”

Seperti Guardiola

Bayern Munich sebelum ini pernah dibimbing oleh Pep Guardiola. Sepanjang tiga musim berkhidmat di Allianz Arena, Pep telah berjaya menghadiahkan tujuh trofi kejuaraan termasuk menjuarai Bundesliga selama tiga musim berturut-turut.

Ballack yang pernah menjadi anak didik Mourinho ketika di Chelsea berpendapat, Mourinho mampu memberi kesan yang sama seperti yang pernah dilakukan Guardiola bersama Bayern.

MANCHESTER, ENGLAND – NOVEMBER 11: Man Utd manager Jose Mourinho (L) and Man City manager Pep Guardiola gesture during the Premier League match between Manchester City and Manchester United at the Etihad Stadium on November 11, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Simon Stacpoole/Offside/Getty Images)

Beliau berkata, “Itu sudah dilihat dengan Pep [Guardiola]. Pelantikannya telah memberikan kejutan yang besar dalam liga, walaupun dia tidak berjaya memenangi Liga Juara-Juara dengan Bayern.”

“Guardiola memperkenalkan gaya permainan tertentu, ia adalah pelatih yang luar biasa. Selain itu, profil antarabangsa setiap kelab akan menjadi jauh lebih tinggi ketika anda mendapatkan Guardiola atau Mourinho.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN