MFL Umum Kalender Liga Malaysia 2020

Liga Malaysia 2020

Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan kalendar Liga Malaysia bagi musim 2020 yang bakal membuka tirai pada 28 Februari ini.

Perancangan ini dibuat selepas MFL mengambil kira jadual pertandingan AFC Champions League 2020, Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, Piala AFF 2020 serta Kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi pasukan kebangsaan.

Dengan pelaksanaan Economic Control Programme (ECP) pada tahun ini juga menyaksikan saingan Liga Malaysia akan bermula pada 28 Februari bagi memastikan segala prosedur dan proses ECP berjaya dipatuhi oleh semua pasukan dalam mengemukakan pelan perbelanjaan dan pendapatan sebelum boleh mendaftarkan pemain.

Selain daripada itu, tarikh-tarikh undian dan perlawanan Piala FA 2020 turut diambil kira dalam penyediaan jadual Liga Malaysia musim ini.

Malah kalendar Liga Malaysia ini juga sudah diedarkan kepada semua pasukan pada 12 Disember lalu dan segala maklum balas daripada pasukan yang diterima oleh sekretariat MFL turut telah dikemaskini.

Berikut adalah beberapa perkara utama yang diambil kira dalam penjadualan pertandingan Liga Super Malaysia (LS) 2020 dan Liga Premier Malaysia (LP) 2020.

1. Jadual perlawanan fasa pertama (LS1-LS5 dan LP1-LP5)

Jadual Liga Malaysia musim 2020 fasa pertama dikeluarkan bermula dari perlawanan LS1-LS5 dan LP1-LP5. Ini adalah lanjutan kepada undian Piala FA 2020 bagi pusingan ketiga (FA3) yang
dijadualkan pada 19 Mac 2020 dan undian bagi peringkat Suku Akhir (QF) pada 16 April 2020.

Undian akan dijalankan secara terbuka. Perlawanan liga fasa seterusnya akan dikemaskini selepas keputusan undian dan ini bagi memastikan perjalanan dan hari rehat pasukan di antara
hari perlawanan liga dan Piala FA dapat diselaraskan.

2. Format dan tempoh liga

Liga Super Malaysia 2020 dan Liga Premier Malaysia 2020 masing-masing akan melibatkan 12 pasukan dengan setiap pasukan akan bermain 22 perlawanan (11 perlawanan sebagai pasukan
tuan rumah dan 11 perlawanan sebagai pasukan pelawat). Liga akan berjalan bermula Februari hingga Julai 2020.

3. Perlawanan di dalam bulan Ramadan

Perlawanan akan diteruskan di dalam bulan Ramadan seperti musim-musim sebelum ini.

Sebanyak enam perlawanan Liga Super Malaysia 2020 dan Liga Premier Malaysia 2020 LS8-LS13 dan LP8-LP13 dan satu perlawanan Piala FA Malaysia 2020 iaitu perlawanan Suku Akhir Pertama (QF I) ini menjadikan tujuh perlawanan akan berlangsung pada bulan Ramadan.

4. Tempoh perjalanan dan rehat pasukan

Setiap pasukan dijadualkan sekurang-kurangnya memperolehi dua hari perjalanan dan rehat di antara setiap perlawanan. Bagi pasukan Johor Darul Ta’zim dan Kedah (sekiranya layak) yang dijadualkan bermain dalam Kelayakan AFC Champions League, kedua-dua pasukan akan menerima sekurang-kurangnya dua hingga tiga hari perjalanan dan rehat.

5. Bermain sebagai pasukan tuan rumah / pelawat

Semua pasukan yang dijadualkan bermain sebagai pasukan tuan rumah atau pelawat tidak melebihi dua perlawanan berturut-turut bagi setiap pusingan.

Walau bagaimanapun sekiranya pasukan layak untuk bermain di dalam pertandingan Piala FA Malaysia 2020, pasukan yang berkenaan berkemungkinan bermain tiga perlawanan berturut-turut sebagai pasukan tuan rumah atau pelawat tertakluk kepada keputusan undian Piala FA Malaysia 2020.

6. FIFA DAYS

Liga hanya akan berehat semasa tarikh-tarikh FIFA DAYS. Walau bagaimanapun, pasukan kebangsaan akan bermain dalam Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 pada tarikh-tarikh tersebut.

7.Venue baharu dan perkongsian venue

Bagi musim 2020 terdapat tiga venue baharu yang bakal digunakan iaitu Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri (Johor Darul Ta’zim), Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (Terengganu FC) dan Stadium UKM Bangi (UKM FC).

Walau bagaimanapun, venue-venue tersebut masih belum mendapat pengesahan dari MFL. Berikut adalah senarai pasukan yang berkongsi venue bagi musim 2020:

VENUE

  • Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras : PDRM (Liga Super) dan Kuala Lumpur (Liga Premier)
  • Stadium Negeri, Kuching: Kuching FA (Liga Premier) dan Sarawak United (Liga Premier)
  • Stadium Sultan Mohamad Ke-IV: Kelantan (Liga Premier) dan Kelantan United (Liga Premier)

    8. Venue yang masih belum diluluskan

    Bagi venue-venue yang masih belum mendapat kelulusan MFL terutamanya pencahayaan lampu limpah yang gagal mencapai 1200 lux hendaklah membuat baikpulih dan menaik taraf lampu
    limpah venue masing-masing bagi melayakkan gelanggang tersebut dapat digunakan bagi perlawanan pada waktu malam.

    9. Dua venue/pasukan di dalam satu negeri

    Bagi negeri-negeri yang mempunyai dua venue atau pasukan, perlawanan akan dimainkan pada hari yang berlainan sekiranya pasukan-pasukan tersebut bermain sebagai pasukan tuan rumah
    (PTR) setelah mengambil kira faktor logistik, kehadiran penonton dan juga keselamatan.

    NEGERI

    PAHANG: Stadium Darul Makmur, Kuantan (Pahang) dan Stadium Tun Abdul Razak, Jengka (Felda United).

    JOHOR: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Putri (Johor Darul Ta’zim) dan Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin (Johor Darul Ta’zim II).

    PERAK: Stadium Perak, Ipoh (Perak) dan Stadium Majlis Perbandaran Manjung (Perak II).

    SELANGOR: Stadium Shah Alam (Selangor) dan Stadium Majlis Perbandaran Selayang  (Selangor 2).

    TERENGGANU: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (Terengganu FC) dan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (Terengganu FC II).

    Jika berlaku sebarang perubahan dan pindaan Kalendar serta Jadual Pertandingan MFL adalah tertakluk kepada keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL.

Perlawanan pertama Liga Super 2020

  1. Johor Darul Ta’zim lawan Kedah (Piala Sumbangsih)
    28 Februari 2020
    Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
  2. UiTM FC lawan Melaka United
    29 Februari 2020
    Stadium UiTM, Shah Alam
  3. Pahang lawan Selangor
    29 Februari 2020
    Stadium Darul Makmur, Kuantan
  4. Terengganu FC lawan Perak
    29 Februari 2020
    Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak
  5. PDRM lawan Sabah
    1 Mac 2020
    Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
  6. Felda United FC lawan Petaling Jaya City FC
    1 Mac 2020
    Stadium Tun Abdul Razak, Jengka

*Kesemua perlawanan berlangsung jam 9.00 malam.

Perlawanan pertama Liga Premier 2020

  1. Kuching FA lawan UKM FC
    29 Februari 2020
    Stadium Negeri, Kuching
  2. Kelantan lawan Kuala Lumpur
    29 Februari 2020
    Stadium Sultan Mohamad Ke-IV
  3. Negeri Sembilan lawan Johor Darul Ta’zim II
    29 Februari 2020
    Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
  4. Pulau Pinang lawan Sarawak United
    1 Mac 2020
    Stadium Bandaraya, Pulau Pinang
  5. Selangor 2 lawan Terengganu FC II
    1 Mac 2020
    Stadium Majlis Perbandaran Selayang
  6. Perak II lawan Kelantan United
    1 Mac 2020
    Stadium Majlis Perbandaran Manjung

*Kesemua perlawanan selain aksi Selangor 2 menentang Terengganu FC II berlangsung pada jam 9.00 malam.

Kredit foto: JOHOR Southern Tigers

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN