MFL Tetapkan 20 Ribu Had Maksimum Kemasukan Penyokong Ke Stadium

Piala Malaysia 2021

Badan penganjur liga, Malaysian Football League (MFL) telah pun mengumumkan kemasukan penyokong ke stadium bagi baki saingan Piala Malaysia 2021.

Seiring dengan pengumuman kerajaan yang membenarkan penyokong kembali ke gelanggang sukan, MFL menyambut baik hasrat ini.

Menurut laman rasmi MFL, ketetapan yang diberikan untuk penyokong masuk ke stadium adalah berbeza-beza mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) mengikut negeri-negeri tersebut.

Berikut adalah ketetapan yang diberikan:

  • Negeri pada Fasa 2 PPN: 20% kapasiti stadium atau 5 ribu penyokong (mana lebih rendah)
  • Negeri pada Fasa 3 PPN: 30% kapasiti stadium atau 10 ribu penyokong (mana lebih rendah)
  • Negeri pada Fasa 4 PPN: 50% kapasiti stadium atau 20 ribu penyokong (mana lebih rendah)

Lonjakan semangat

Bagi Presiden MFL, Dato Ab’ Ghani Hassan menanggap dengan kepulangan penyokong ke stadium bakal menlonjakkan lagi semangat saingan Piala Malaysia 2021.

“ia menjadi satu langkah yang baik bagi melonjakkan kembali industri bola sepak negara apatah lagi kita sedang meraikan ulang tahun ke-100 Piala Malaysia,” kata beliau menerusi laman rasmi MFL.

Tambah Ghani, MFL memberikan kelonggaran kepada pasukan untuk mengurangkan jumlah kemasukan penyokong.

Ianya boleh dilakukan sekiranya pasukan tidak mempunyai kakitangan pengurusan stadium yang cukup untuk memantau pergerakan penyokong.

Lebih menarik, MFL turut membenarkan penyokong hadir ke stadium untuk aksi persahabatan jika ada pasukan yang melakukannya sebelum saingan Piala Malaysia bersambung.

Namun begitu, semua penyokong terikat dengan peraturan seperti wajib lengkap divaksin, memakai pelitup muka sepanjang masa di stadium dan kanak-kanak bawah 18 tahun tidak dibenarkan masuk.

SOP lengkap mengenai kemasukan stadium akan diberikan dalam masa terdekat.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply