MFL Sedia Naikkan Taraf Kualiti Pengadil Liga Malaysia

Usaha terus dilakukan untuk meningkatkan kualiti pengadil di negara kita.

Pihak Malaysian Football League atau MFL dilihat cukup serius dalam usaha mereka memperbaik mutu pengadilan di negara kita yang sering mendapat kritikan pedas setiap musim.

Pihak MFL kini telah menubuhkan Professional Match Officials Malaysia (PMOM) yang merupakan sebuah badan yang diharap akan menjurus kepada wujudnya kerjaya pengadil bola sepak profesional di negara kita.

Penubuhan ini terhasil selepas pihak MFL bertemu dengan wakil dari Professional Game Match Officials Limited atau PGMOL yang merupakan badan pengadil profesional di England.

MFL mengakui yang kualiti pengadil di negara ini masih lagi lemah dan perlu diperbaik lagi.

“Harus diakui kualiti pengadil sering menjadi pertikaian dan kerana itu kami berusaha untuk cari jalan penyelesaian.”

Pihak MFL turut mempunyai perancangan jangka panjang untuk menjadikan kerjaya pengadil sebagai salah sebuah profesion pilihan dalam industri bola sepak.

Caranya dengan melatih pengadil dari usia muda.

“Kami tidak menolak kemungkinan untuk melahirkan pengadil dengan melatih mereka dari usia yang muda.”

“Kami berhasrat untuk melahirkan seramai boleh pengadil yang berkualiti untuk membantu meningkatkan kualiti liga tempatan di sama akan datang.”

Inisiatif MFL ini bukanlah hanya melibatkan mereka sahaja, tetapi turut dibantu oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Diharap dengan tindakan ini, kualiti pengadil dalam bola sepak negara kita akan meningkat dari masa ke masa.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply