MFL Mahu Bantu KFA Dalam Isu Akhyar, Ajak Bincang 10 Januari Ini

Kevin Ramalingam

CEO Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Kevin Ramalingam mengeluarkan kenyataan bahawa pihak beliau sedia membantu Persatuan Bola Sepak Kedah – dalam kemelut yang melanda perpindahan Akhyar Rashid.

Kevin dalam kenyataan beliau menyatakan, KFA harus tahu akan tanggungjawab mereka kepada perlembagaan MFL. Kevin berkata: “Berikutan pertanyaan pihak Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengenai keinginan Malaysian Football League (MFL) membantu dalam masalah yang sedang dihadapi – pihak KFA perlu tahu bahawa mereka bertanggungjawab kepada perlembagaan MFL serta rakan kongsi mereka yang lain dalam MFL.”

Kevin juga menyatakan MFL sedia menerangkan tentang butiran yang terkandung di dalam perjanjian dan undang-undang yang sedia ada.

“Pihak MFL mahu membantu KFA memahami apa terkandung dalam perjanjian dan undang-undang yang sedia ada. Ini termasuk perkara-perkara berkaitan perancangan MFL dalam operasi dan pengurusan liga telah dijelaskan kepada semua pasukan dalam perjumpaan baru-baru ini yang dihadiri oleh semua pasukan kecuali Kedah.”

Kevin Ramalingam

“Penglibatan MFL dalam mana-mana isu seperti ini adalah amat relevan untuk menjaga kepentingan Liga Malaysia serta rakan kongsi yang lain yang merupakan 23 pasukan lain serta FAM.”

“Oleh itu MFL telah menjemput KFA untuk membincangkan isu berkaitan Liga Malaysia 2019. Jemputan telah dihantar kepada KFA bagi mengadakan perbincangan pada 10 Januari 2019.”

Kevin: “KFA tak hadir perbincangan sebelum ini”

“Pada 3 Januari 2019, MFL telah menjemput semua rakan kongsi liga terdiri daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan 24 buah pasukan yang bertanding untuk membincangkan berkenaan isu ejen pemain, kontrak pemain, perlembagaan MFL, jadual pertandingan dan hal lain berkaitan liga. Walau bagaimanapun, pihak KFA tidak hadir pada saat akhir.”

“Sebagai badan pentadbir liga bola sepak Malaysia, MFL sentiasa mengambil berat permasalahan setiap pasukan dan KFA juga terikat dengan peraturan sama seperti 24 rakan kongsi yang lain.”

Akhir sekali Kevin Ramalingam menyatakan komitmen MFL dalam usaha menambah baik imej liga serta melindungi rakan kongsi mereka.

“MFL sentiasa berusaha dalam menambah baik imej liga dan melindungi rakan kongsi daripada terus dilanda kontroversi. MFL berharap perbincangan dengan KFA dapat direalisasikan bagi jalan penyelesaian terbaik isu ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN