MFL Beri Jaminan Selesaikan Bayaran Pengulas Liga Malaysia

Kerjasama Semuanya BOLA

Pengulas Liga Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan menegaskan bahawa badan penganjur liga bola sepak tanah air itu dalam perancangan untuk melangsaikan bayaran kepada pengulas siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2020.

Seperti yang dilaporkan oleh  Utusan Malaysia semalam, para pengulas yang bertugas pada musim ini masih belum menerima sebarang bayaran daripada pihak MFL dan lebih perit, musim 2019 juga menyaksikan mereka masih belum mendapat bayaran penuh seperti dijanjikan.

MFL juga dikatakan hanya mendiamkan diri meskipun ada wakil daripada pengulas ini sudah pun menghubungi pihak tersebut untuk membincangkan perkara ini.

Sehubungan dengan itu, MFL menerusi Ab Ghani tampil bagi memberikan perkembangan terkini berhubung tunggakan pembayaran itu dan ia kelihatan sudah ada sinar dalam usaha untuk menyelesaikan perkara tersebut.

”Ada beberapa lagi yang kami masih belum membuatkan pembayaran tetapi mereka akan dibayar,” ujar Ab Ghani menurut laporan yang dikeluarkan New Straits Times (NST) Online.

”Kami akan mengatur untuk membuat pembayaran tersebut dan akan meluangkan masa untuk berjumpa dengan wakil mereka atau keseluruhan pasukan [pengulas] ini.”

”Walaupun berdepan dengan pendemik COVID-19, kami bekerja keras untuk memenuhi komitmen dan ada banyak perkara yang perlu dipenuhi [diselesaikan].”

Diharapkan dengan perkembangan terbaharu ini dapat menghadirkan jalan penyelesaian yang baik buat kedua-dua pihak kerana sekiranya perkara ini berpanjangan, ia pastinya menjejaskan reputasi MFL yang amat menitikberatkan isu kemelut kewangan pasukan bertanding.

Baca artikel lain dari kami mengenai perkembangan bola sepak semasa:

Southgate Mahu Pemain England Lebih Profesional, Jadi Model Ikutan Buat Semua

Pirlo: Messi Pemain Hebat Tetapi Mungkin Dia Ada Masalah Psikologi

Raiola: Pogba Perlu Pergi, Dia Dah Tak Gembira Di Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply