MFL Beri Garis Panduan Perintah Kawalan Pergerakan Pasukan Liga Malaysia

Kerjasama Semuanya BOLA

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan saingan Liga Malaysia ditangguhkan pada 13 Mac lalu.

Langkah tersebut diambil ekoran arahan Kementerian Kesihatan malaysia (KKM) yang tidak membenarkan perhimpunan melebihi 50 orang sehari sebelumnya ekoran penularan wabak coronavirus.

Melalui perutusan khas oleh Perdana Menteri, Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin semalam, Perintah Kawalan Pergerakan pula akan berkuat kuasa mulai tengah malam ini.

Susulan itu MFL turut mengeluaran garis panduang untuk dipatuhi oleh setiap pasukan Liga Malaysia pada musim ini, selaras dengan pengumuman oleh Pedana Menteri itu.

Antaranya langkah yang wajib diikuti oleh pasukan di Liga Malaysia ialah larangan kepada setiap pasukan untuk mengadakan latihan.

😷 Buat penyokong-penyokong bola sepak tanah air, pastikan anda sentiasa mematuhi arahan yang telah dikeluarkan iaitu…

Posted by Malaysian Football League on Monday, 16 March 2020

Pemain asing juga tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan negara ini kerana dikhuatiri pemain tersebut tidak dibenarkan masuk semula disebabkan sekatan kemasukan warga asing ke negara ini seperti yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia.

Sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan ini, pasukan-pasukan juga tidak dibenarkan mengadakan sebarang perlawanan persahabatan, dan stiap pengurusan juga dinasihatkan untuk mengurangkan pergerakan pasukan.

“Sehubungan dengan itu, MFL menggesa semua pihak memberi kerjasama yang baik terutamanya ketika situasi yang mencabar ini dengan mematuhi arahan pelaksanaan kawalan pergerakan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia bermula 18 hingga 31 Mac 2020,” kata kenyataan tersebut lagi.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram